Monday, August 20, 2007

Kepulangan Yang DiNanti

Kepulangan Yang DiNanti

Hari ini 19hb Ogos 2007. Hari yang dinanti-nanti untuk menyambut kepulangan Kak Long bercuti selepas pergi menuntut di Jordan pada September 2005. 2 tahun adik2 tak jumpa kak long, semasa kak long pergi dahulu, semua kecik-kecik lagi.... sekarang semua adik2 bujang kak long dah tinggi melangit, semua dah tinggi dari kak long... Selepas solat subuh, bersama hubby tersayang, saya ke pasar. Kak long dah pesan nak makan seafood, jadi hari ini selain ikan, kami pun pergi mencari udang, sotong dan ketam. Tapi hanya beli udang dan sotong sahaja sebab tgk ketam tak berapa elok, ringan sahaja... nanti lebih kulit dari isi. Bila di jentik2 pun pd cengkerangnya, bunyi lompong saja...itu bermakna isi nya tak padat...kemudian baru teringat ... laa hari ni baru 6 sya'aban, awal bulan..patut lah rasa ringan sahaja... (haa...ini petua yg saya dapat dari orang2 tua... tapi mmg selalu betul...wallahualam. Orang tua kata, kalau nak beli ketam, beli semasa bulan penuh, iaitu semasa bulan mengambang penuh. baru lah isi ketam tu padat dan penuh...!!) Balik dari pasar, masaklah ikan, sayur campur udang, dan sotong. Kak Long kata flight tiba KLIA pukul 2pm, so estimate masa kalau dari Shah Alam lebih kurang 45minit sampai, so pukul 1pm pun boleh bertolak. Ammar, Zubair dan Hana nak ikut pergi KLIA, Mu'adz demam so dia tinggal dengan Anas di rumah. Sebelum bertolak ke KLIA, bagi anak2 makan kenyang-kenyang dulu... ini strategi kalau nak pergi KLIA, sbb kalau tidak teruk jugak nak beli makanan dan minuman kat sana, mahal....kalau dia orang dah kenyang, taklah mintak beli itu ini kat sana... hehehe... sampai KLIA tepat pukul 2pm... tgk kat monitor, alamak flight Ettihad dari Abu Dhabi delayed!!! tak tahulah berapa lama delayed...so...jalan2 round tgk kedai2 kat situ...si Hana nampak kedai cokelat...apa lagi..."ummi nak cokelat!!!" hurm...kenalah belikan dia cokelat sikit... bagi tau Hana, "nanti kak long kan bawa balik cokelat dari Jordan, lagi sedap...!!!" so...dia pun tak lah buat hal...Alhamdulillah.
sempat lagi Hana dan Zubair posing semasa sedang menunggu.

Tiba-tiba Ammar bagi tau, "Ummi, flight kak long dah landed.." Berdebar-debar.... tapi....lamanya tunggu tak keluar-keluar.... Hana pun dah tak sabar, "Mana Kak long ni, tak keluar lagi ke ummi?" Saya pun hantar sms pada kak long, dia pun balas, "tengah tunggu beg nih, beg tak keluar lagik...." Biasalah...aku dulu pun pernah tunggu beg sampai lebih setengah jam...
sambil diri di balai ketibaan tu, aku lihat ramai jugak orang sedang tunggu, aku pun tanya kakak kat sebelah, "Tunggu siapa", dia pun jawab, "tunggu anak balik dari Jordan"..
. mmg ramai ibu bapa sedang tunggu anak mereka. Tiba2 ternampak Sharipah, kawan dan jiran. Pelik jugak sbb setahu aku anak dia yang sulung baru sekolah rendah...terus pergi jumpa dia, "Assalamualaikum Pah, tunggu siapa?" Pah pun menjawab, "Tunggu anak saudara dari Jordan..anak kakak tu...dia dari Muar..." oooo
kemudian baru aku diberitahu oleh kak long, satu flight dgn dia yg paling ramai student medic dari Jordan...46 orang!!!
Tiba-tiba Hana dan Zubair menjerit, " Ummi !.... tu kak long...!!!!" Aku pun menoleh, nampak lah kak long sedang mengheret troli keluar dari pintu ketibaan. Alamak...kurusnya kak long.... Kesian anak ummi, teruk sangat ke study medic... mmg nampak kurus, ke rindu kat orang kat Malaysia....
soo...azam kak long, nak makan banyak2 sebulan nih semasa kat malaysia, nak naikkan berat badan ...percaya tak? berat
dia kurang dari 40 kg!!!???



Sampai di rumah, Hana dan Zubair tak sabar-sabar nak tengok apa yang kak long bawak balik. Cepat lah bukak beg kak long....kata Hana... hurm...


Hana lah yang paling suka, sebab dia dapat gula-gula satu kotak, coklat satu kotak, dan gula2 batu...(rupanya macam batu, tapi rasa gula/coklat...)

Apa-apa pun Alhamdulillah aku panjatkan kpd Allah swt sbb anak ku selamat sampai ke Malaysia.

Friday, August 17, 2007

Pertemuan kali kedua

Pertemuan kali kedua

Pada hari Rabu 15hb Ogos 2007, buat kali kedua saya menerima kunjungan Pak (sekarang Datuk, tapi lebih mesra panggil Pak) Latip Talib, penulis novel sejarah pahlawan islam terbitan PTS. Kali ini kunjungan beliau membawa pesanan novel sejarah pahlawan islam: Khalid Memburu Syahid dan Salahuddin Penakluk Jerusalem yg sudah kehabisan stok sewaktu kunjungan beliau kali pertama dahulu.
Ramai rakan-rakan saya yang memesan novel tersebut.

Salahudin Penakluk Jerusalem (cetakan ke 2) 30 naskhah
Khalid Memburu Syahid 28 naskhah
Ikramah Penentang Jadi Pembela 29 naskhah
Tariq Menang atau Syahid 30 naskhah


Pak Latip ada juga membawa bersama novel Beraraklah Awan Pilu karya beliau beberapa naskah dan sudah ada rakan yang membelinya. Saya gembira kerana berjaya mempromosikan novel sejarah pahlawan Islam di fakulti saya, ilmu yang berharga tidak berguna jika hanya disimpan sendiri, tidak di sampaikan kepada orang ramai. Pada saya novel sejarah pahlawan Islam Pak Latip telah berjaya memecah tembok besar penghalang generasi muda remaja untuk kembali menyemai semangat suka membaca bahan-bahan yang membina minda dan semangat cintakan tokoh2 sejarah Islam. Semoga anak-anak remaja ini akan membangun semangat utk mempunyai sifat-sifat seperti pahlawan Islam ini mempertahankan agama Islam yang semakin diperkotak-katik kan oleh Barat dan konco-konconya. Apatah lagi di pasaran berlambak bahan-bahan bacaan majalah hiburan, komik, kartun yang meleka dan melalaikan. Memang itu lah agenda Barat, mereka mahu walaupun orang Islam itu ramai, tetapi Barat tidak takut kerana mereka tahu itu hanyalah seperti buih-buih di lautan.....

Tuesday, August 14, 2007

Menanti Hari

Menanti Hari................

Hari nih 14 Ogos 2007, bermakna lagi 5 hari anak sulung ku yang sedang belajar di Jordan akan balik bercuti setelah 2 tahun berada di sana menuntut ilmu. Memang semua adik2 sedang menanti dan menunggu...masing2 rindu.. tapi buat2 macho...ewah...tak mahu menunjukkan kerinduan masing2. Umminya..?? tak rindu ke? Hurm...actually Ummi nya dah jumpa kak long masa pergi conference di Jordan pd bulan Mac yang lepas, so..dah terubat kerinduanku...cuma...Abi .... sejak kak long pergi Abi tak jumpa lagi kak long... semasa abi kerja di Pakistan, kata nak pergi visit kak long dari sana, tapi tak sempat jugak...sibuk kerja dan abi berada di sana tak lama, cuma setahun lebih sikit...

13hb Kak long habis final exam utk summer sem. ... tapi tak dapat balik awal sbb tiket tlh ditempah awal2 dulu...nak cepatkan tapi semua tiket dari 14 hingga 17 semua dah fully booked!! Hurm..ramai lah pulak student Msia kat sana nak balik cuti, dan ramai jugak (???) mak/Pak Arab nak keluar dari Jordan??? Oh ya...skrg kan summer di sana, cuti sekolah, jadi ramailah mak/pak Arab ni nak jalan2 ke Msia... kata kak long, kat TV Jordan pun ada promosi Visit Malaysia Year 2007 , sempena menyambut 50th Hari Kemerdekaan Malaysia.
okay... InsyaAllah ...kami semua di sini mendoakan agar Kak Long selamat dalam perjalanan pulang ke Msia dan kembali ke Jordan.

Welcome Home!!!!!!!!!!

Tuesday, August 7, 2007

Serang Mekah dan Madinah?

Syor Serang Mekah dan Madinah?

Apabila membaca tajuk di atas dalam akhbar harian semalam...fikiran ku terus melayang... teringatkan peristiwa Abrahah menyerang Kaabah... yang selalu di baca dalam Surah Al-Fiil semasa solat.

Saranan untuk menyerang Mekah dan Madinah dinyatakan oleh seorang calon parti Republikan Colorado, USA. iaitu TOM TANCREDO! Satu saranan gila oleh seorang calon yang gila kuasa.... Betapa malangnya nasib negeri Colorado jika beliau terpilih sbg seorang pemimpin... bangun lah, celiklah wahai penduduk Colorado, USA... jangan lah pilih orang berfikiran sebegini sebagai seorang pemimpin....

Mengikut logik fikiran beliau, utk membalas perbuatan segelintir yg dilabelkan sbg "terrorist" dan didapati bahawa terrorist itu adalah orang Islam, maka diBOLEH kan menyerang dan mengebom bandar suci orang Islam iaitu Mekah dan Madinah. (Agaknya dalam fikiran beliau SEMUA terrorist tu orang Islam) ... dan jika kita apply logik beliau, jika di dapati terrorist itu orang Kristian, so diBOLEHkan lah menyerang bandar suci Kristian iaitu Vatican City, dan jika didapati terrorist itu beragama Buddha, so pergilah serang bandar suci agama Buddha (apa ya bandar suci agama Buddha? saya pun tak tahu..) ...

Double standard betul !!!

Walaubagaimanapun, berbalik kpd peristiwa Abrahah dgn tentera bergajahnya, sebelum beliau menyerang Kaabah, Abdul Mutallib , iaitu datuk Nabi Muhammad SAW yg ketika itu menjaga rumah suci tersebut, telah pun pergi menemui Abrahah mengingatkannya bahawa Kaabah adalah di bawah pemeliharaan Allah SWT, namun dipandang sepi oleh Abrahah yg sombong dan angkuh itu. Maka selepas itu, Abdul Mutallib dan seluruh penduduk Mekah menyaksikan bagaimana tentera bergajah pimpinan Abrahah gagal meruntuhkan Kaabah sebaliknya mereka menemui ajal dengan mendapat penyiksaan yg sangat pedih dan hina dari Allah swt.

Wallahualam...

Apa nak jadi jika dunia dipenuhi oleh orang2 yg ber'otak' sebegini????

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....