Thursday, July 26, 2007

Falafel

Falafel

The word falafel, derived from the Arabic word fulful or filfil meaning "pepper,".

Hari Ahad yg lalu, saya teringin nak makan falafel, sejenis makanan orang Arab yg diperbuat daripada kacang kuda(chickpeas) dan dibulat2 kan seperti bergedil. Senang cerita falafel ni bergedil Arab la, teringat semasa pergi ke Jordan tempohari, falafel nih mmg la famous di sana. boleh dimakan begitu saja atau pun selalunya orang Arab nih makan dengan roti pita, campur salad, tomato, kentang goreng dan mayonisnya seperti dalam gambar ini (di ambil dari blog Asma'), kemudian roti tu digulung...

Cari kat internet dapatlah resepi nya. Rupanya senang saja nak buat... Ini lah bahan-bahan yang diperlukan :




2 cup chickpeas (kacang kuda), soaked overnight and drained, (kemudian rebus kacang kuda dalam periuk dengan api yg besar selama 15 minit, dan kecilkan api dan rebus lagi selama 45 minit . Bil kacang telah lembut angkat dan toskan airnya. )
3 medium onions, chopped
1 small bunch parsley, chopped (Ini saya substitute dgn daun ketumbar, sbb cari kat pasar takde parsley)
8 cloves garlic, crushed
1 teaspoon ground coriander (ketumbar)
1 teaspoon cumin (jintan putih)
2 teaspoons salt
1 teaspoon pepper
(optional if you want it to be a little hot: 1/2 teaspoon chili powder)
1 teaspoon sesame seeds (ini pun optional jugak, kalau tak letak pun takpe, tapi kalau le
tak lagi sedap)
1 teaspoon baking soda
2 slices of white bread (to make breadcrumbs~ utk membuatkan falafel tak hancur bila digoreng)
oil for frying

Place chickpeas and onions in a food processor and process until beans and chickpeas are very finely ground. Add remaining ingredients, except oil; process to a dough-like paste.
Form into patties--if patties tend to crumble, process further or add a little flour.


Heat oil in a saucepan and fry patties over medium heat, turning until they are golden brown on both sides.


Serve patties warm as main dish with fresh vegetables and Sesame Tahini Sauce on the side or in sandwiches of half-rounds of pita bread stuffed with salad vegetables and topped with Tahini Mix.

Since kat rumah saya masa tu takde roti pita, kami makan macam tu saja...cicah sos..sodap....

p/s: satu lagi petua lupa nak bagi tau awal-awal, ketumbar tu kalau nak lagi naik bau wanginya, jangan beli yang dah siap jadi serbuk, sbb yg dijual tu dia orang dah campur tepung sikit, lebih elok beli ketumbar biji, goreng dahulu (goreng kering) baru tumbuk. Begitu juga dengan jintan putih tu, goreng dahulu ...
***petua ni boleh utk semua jenis masakan yg berasaskan rempah-ratus... ini tips dari bibik saya.. mmg masakan lebih sedap dan baunya lebih harum...

~Selamat Mencuba~

Monday, July 23, 2007

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta ~ 7 Milestones of Love


Category: Books
Genre: Religion; Spirituality
Author: Habiburrahman El Shirazy
Novel ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran, tetapi saya baharu sahaja membacanya
pada bulan Mac yanglepas.
Novel ini, mmg best! Sebelum saya berangkat ke Jordan pd bulan Mac lepas,
anak saya di sana berpesan, "Ummi tolong carikan novel "Ayat-Ayat Cinta". dalam hati berkata,
"Hish..apalah anakku ini nak baca novel jiwang nih.." tapi carilah juga... pergi MPH dah habis
semua MPH ~di Giant sek 13, di SACC Mall dan Subang Parade) , kedai buku di Kompleks PKNS
pun dah habis, last2 teringat kedai buku SMART di Shah Alam Mall.
Bila ke sana, rupa-rupanya ada banyak kat situ..(mungkin stok baru sampai). belilah satu..
jadi sebelum anakku baca, mak kena baca dulu..apa yang anakku kata best sangat tu...
ingat nak baca sikit2 saja.. tapi biasalah, bila novel dah kat tangan, terus lekat dan baca
sehingga ms yg terakhir...tak sedar airmata mengalir sehingga anak ku yg kecil tanya
"Knp ummi nangis baca buku tu?" mmg betul komen k endok seperti di bawah...
7 milestones of love.....5-star (*****) utk novel ini!
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengikuti perjalanan seorang pemuda warak, berilmu dan beramal bernama Fahri menyebabkan aku hanyut-seolah-olah berada negeri Musa-Mesir. Dalam musafir ini aku temui 7 ayat ayat cinta (love milestones) yang perlu di telusuri, di hayati dan di alami sedalamnya.

Milestone atau ayat cinta pertama ialah menuntut ilmu-

Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah-demi dakwah membela agama tercinta! Ternyata kesusahan Fahri dalam menuntut ilmu dengan ulama terkenal seperti mengajak kita untuk bergerak ke arah jalan yang sama.

Biarpun dipanggang panas mentari dan dibaham bahang pasir sahara atau hujan atau dingin salju-ilmu itu harus ditagih. Biarpun banyak ranjau dan duri yang mesti di harungi. Dalam menggeluti proposal thesis,penuh tekad dan berjaya diselia oleh professor yang menjadi idolanya. Dia sempat menerjemah karya karya klasik Islami Agung yang tersembunyi
berkurun lama di khanzanah Bahasa Arab untuk di 'nusantara'kan. Satu perjuangan seorang pelajar yang bukan mudah, amat sukar malah impossible!.

Milestone Cinta kedua- love is universally islamic

Begitu universal cinta itu rupanya. Penuh humanistic. Jika tidak, mana mungkin Fahri boleh cintakan keluarga Maria-yang berlainan agama.
Demikianlah, cinta itu harus disebarkan baik muslim atau non-muslim yang tidak memusuhi kita. Jelas di sini cinta itu sifatnya 'give and take'. Perlu ada yang memberi dan menerima.

Milestone Cinta ketiga adalah cinta kepada persahabatan.

Ternyata Fahri telah menjadi contoh teladan yang perlu diikuti. Satu uswah hasanah yang mulia dan pekerti yang dikaguni perlu ditiru. Kawan kawan serumah begitu mencintainya kerana akhlak dan pergaulan yang begitu tulus. Ini boleh dilihat semasa Fahri ditimpa musibah 'heat
stroke'.Teman-temannya berganti berjaga malam-sanggup berkorban masa dan tenaga.
Bilamana melihat Saiful tertidur di permaidani, kerana letih menjaganya,lantas Fahri berkata: Ana uhibbuka fillah ya akhi-Aku mencintaimu kerana Allah saudaraku!. Belum lagi penderma misteri (siapa malaikat itu) yang membayar semua ongkos perubatan Fahri di hospital!

Milestone cinta keempat adalah kemuncak segala-galanya yang menjadi idaman setiap remaja zaman ini. Cinta selepas nikah!
>
Masyallah, novel ini menjelaskan dengan begitu detail dan teliti. Gelagat Fahri dan Aisha di malam perkenalan yang begitu mempesonakan. Ada rasa sebak ketika membacanya. Meremang. Seram sejuk. Inilah jalan-jalan untuk remaja/pemuda pemudi kita perlu amati dalam mencari
pasangan. Perlu ada orang ketiga-yang pastinya kita kenal dan percayai!

Keromantikan cinta selepas kahwin ternyata tiada taranya. Full of Thrills, Nombor wahid-first class. Inilah asasnya untuk bercinta. Foundation yang kukuh. Bulan madu di Sungai Nil Fahri sambil membelailembut rambut wangi Aisha di apartment sambil melihat bulan begitu
romantis. Cinta Halal-Inilah cinta yang UTAMA!


Sifat suka berkorban adalah milestone cinta yang kelima.

Fahri telah menunjukkan pedoman bagaimana dia bersabar ketika bumbung rumah sewanya bocor, tirisan air menitis dari rumah Maria. Sabar dan berkorban. Tentu yang paling INDAH adalah pengorbanan Aisha-isteri solehah yang sanggup berpoligami. Untuk Maria. Untuk maruah suami dan keluarga. Untuk agama! Allahuakbar!


Milestone Cinta keenam yang kukira begitu penting adalah cintai kebenaran.

Maria telah menunjuk jalan. Kebenaran itu tertanam dalam kalimah syahadah! Lailahaillah Muhammadurrasulullah! (Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah!). Ia kunci syurga. Itulah kunci yang dibawa Maria sebelum kematiannya. Saat yang tragis dan menyebabkan aku bergenang airmata!terutama apabila Maria tidak berhenti berqasidah
dan bertasbih menyebut nama ALlah antara kedua bibirnya yang semakin kering. Sungguh tragis watak Maria dimatikan! Mengapa perlu watak Maria dimatikan. aku tidak puas hati. Padaku Maria lah yang sebenarnya paling mulia di antara semua watak dalam novel ini mengalahkan Fahri kerana ia mati dalam keadaan husnul khatimah!Radhiyatan mardhiyah.Itulah impian
kita semua.


Akhirnya, last milestone -the last terminal of love ie CINTA UTAMA adalah segala perbuatan itu kerana Allah dan RasulNya.

Mentajarrudkan /membersiahkan niyat lillahi Taala. Ini mesej jelas dalam novel ini.


Bagiku, memang layak novel ini diberi taraf lima bintang! Ia menggugat perasaan, mencampurbaur rasa ketawa, geram, tangis, kecewa, gembira dan bahagia sekaligus mendekatkan ketaqwaan kepada Allah. Seribu macam perasaan! Ia membawa diri kita kembali kepada Allah-tatacara bercinta,mencintai juga dicintai.

ANA UHIBBUKA FILLAH YA IKHWAN AKHAWATI!!!

wassalam
k endok

Friday, July 20, 2007

Bertemu Penulis Novel Sejarah Islam

20072007 Bertemu Penulis Novel Sejarah Islam

Hari yang bersejarah ! Sempena tarikh yang cantik ini 20072007 , penulis novel sejarah islam yang ku kenali melalui alam cyber ini, telah datang ke pejabat ku, menghantar novel2 nukilan beliau mengenai sejarah Pahlawan Islam yang dipesan oleh rakan-rakanku.

ABDUL LATIP TALIB, seorang penulis yang sedang meningkat naik menulis dalam bidang sejarah pahlawan Islam dan juga pahlawan Melayu tanah air.

Sungguh terharu apabila penulis sendiri sanggup datang menghantar....ku abadikan gambar kenang-kenangan di bawah:


Penulis bersama anak bongsu, yang sedang belajar di peringkat sarjana di UKM, bangi.







Abdul Latip Talib sedang menandatangani novel-novel Sejarah Pahlawan Islam kepunyaan ku..







Penulis bersama Rosenah (rakan sepejabat yang memesan novel sejarah pahlawan islam) dan saya....




Wednesday, July 18, 2007

Bulan IT Selangor 2007

Bulan IT Selangor 2007

Sempena Bulan IT Selangor 2007 , satu Ekspo ICT 2007 telah di adakan di SACC Mall , Shah Alam dari 13 - 15 hb Julai yang lalu. Bulan IT ini adalah acara tahunan yang di adakan oleh SUK negeri Selangor.

Untuk memberi sokongan (sebab ada kaitan dengan bidang tugas ku), hari Ahad yang lepas telah membawa anak2 ke sana melawat tapak Ekspo.





Banyak pihak samada dari pihak kerajaan dan industri telah mengambil bahagian dlm ekspo ini. Terdapat booth yg menyediakan hadiah bagi sesiapa yg berjaya menjawab soalan kuiz yg disediakan, seperti booth MBSA (Majlis Bandaran Shah Alam) dan SUK negeri Selangor.
Anak2 rasa teruja menjawab soalan-soalan tersebut, dpt hadiah pen canggih dan beg!!!


Sunday, July 15, 2007

Selamat Kembali ke tugas hakiki

Selamat kembali ke tugas hakiki

Salam kembali rakan sekelian... sudah sekian lama tidak mengemas-kini blog ku... sibuk yang teramat sibuk nya, di samping timbul perasaan 'malas' menaip n3... bukan apa... kerana sibuk menaip menyediakan nota kuliah, nanti ter'publish' dalam post nota kuliah tu instead of cerita/berita terkini!!! hehehe... kan ke naya you all nanti...

Setelah cuti belajar selama 3 + 1 tahun, dan semester baru bermula 2 minggu lepas, kini aku kembali ke tugas hakiki ku iaitu mengajar... saat aku melapor diri kembali bekerja, senarai tugas sudah berjela-jela panjangnya...huhu... "Azzah8, u wakil I pergi meeting dengan si-anu", "Azzah8, u kena attend bengkel ABC", "Azzah8, u attend kursus BBB", "Azzah8, I lantik u AJK CCC", "Azzah8, sebagai AJK DDD u kena buat bla,bla,bla.. mengikut template bla,bla,bla..." , "semester baru ni u mengajar kelas EEE dan FFF..." .... dan saya kena mengajar kelas Master, bermakna weekend ku bukan weekend lagi...!! biasa lah kelas utk Master student during weekend... so setiap hari Sabtu selama 3 jam saya dengan bersungguh-sungguhnya (ewah...!!!) menyampaikan ilmu kpd pelajar ku.... Pelajar ku pula adalah 'pelajar matang', bermakna semua nya sudah bekerja dan ada yg lebih berumur dari ku, dlm 50an... oleh itu persediaan kena lebih dan approach mengjaar juga berbeza dari mengajar pelajar diploma atau degree...
jika you all yg bekerja looking forward hari jumaat kerana hari terakhir bekerja dlm minggu tersebut... saya pula hari Jumaat bertungkus lumus menyediakan nota dsb ...

Selain dari tugas di pejabat.... tugas hakiki di rumah juga perlu diambil berat.... sebagai ibu kpd 8 anak.... kak long nak balik cuti bulan Ogos...hurm...mcm2 plan nak buat... Zaid pula dah start sem baru... Ammar bgmn hafazannya... Anas pulak nak PMR tak lama lagi.... dah byk
preparation??... aduiiish... pening kepala anak bujang ku ini... nampak relaks aja .... Wafa' juga nak UPSR... hurm... ini pun satu jugak... kalau suruh belajar...kata, "Wafa' dah belajar dah tadi..." tapi yg selalu tgk dia duk depan komputer atau TV...... pening...pening.... kalau marah...dia jawab pulak.."Ummi tak nampak dia dah baca buku dalam bilik... takkan nak belajar aje 24 jam...nanti otak jam.." adui..pandainya menjawab anak ummi nih...Mu'adz dan Zubair cool aje... Hana pulak... "ummi nih asyik kerja aje....bila nak cuti?" huhu.... ialah weekend pun kena pergi kelas....
....
pening jugak pikir hal bibik...bulan depan permit dia tamat... dia kata tak nak sambung lagi...ialah dia dgn setianya telah berkhidmat dgn ku selama 5 tahun.... susah nak dapat bibik sebaik dan sealim dia...sentiasa menjaga auratnya dirumah ku, sentiasa bertudung walaupun di dalam rumah (maklum lah anak2 ku ramai hero..dan dah bujang pulak tu) solat tidak tinggal, sentiasa puasa sunat Isnin atau Khamis, bulan Ramadhan tidak tinggal bertarawikh di surau
dekat rumah ku... dan byk lagi...mmg aku amat berterimakasih kpdnya kerana khidmatnya itu... Alhamdulillah, dapat pujuk dia supaya sambung sekurang-kurang sahingga kak long balik cuti nanti....so hari Khamis lepas pergi Imigresen dapat xtend permit dia selama 6 bulan lagi... hurm... legaaa.......

dan satu perkara lagi....cik abang dapat offer kerja oversea lagi.... dia pun tgh pikir...50-50.... anyway..kalau dia accept offer tu...bermakna aku kena tinggal lagi....!!!!!!!!!! huhu.... tgh sedih sangat nih...........

........trying to be a SUPERWOMAN...!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, July 6, 2007

Tajuk Johor atau Tambak Johor?

'Tajuk Johor' atau 'Tambak Johor'?

Selepas membaca n3 di blog penulis Abdul Latip Talib mengenai buku terbarunya yang akan terbit di akhir bulan July ini bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri. Pak Latip mengatakan senikata lagu 'Tanjung Puteri' in akan dicetak di belakang novel tersebut. Cuma yang saya musykilkan ialah samada 'Tajuk' atau 'Tambak'... sebab selalu dengar ibu saya menyanyi lagu tu sejak saya kecil .... ibu nyanyi 'Tambak Johor....' , tapi bila saya surf www.imeem.com saya jumpa lagu ini yang dinyanyikan oleh artis Othman Hamzah. Bila saya hayati betul2 memang dia sebut 'Tajuk Johor...'
Entahlah.....tapi saya memang suka sangat lagu nih...mendayu-dayu...(anak2 Johor sila lah pastikan ya... Pak Latip kata sangat mustahak sebab nak cetak senikata ni kat belakang novel terbarunya...)
*Pak Latip, saya nak booking siap2 keluaran sulung novel nih ya... ;-)


Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri

Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Wednesday, July 4, 2007

From Russia With Love

30 June 2007 From Russia With Love

Hari Sabtu yg lepas, seorang lagi rakan blogger bertandang ke rumah ku (Actually dia sahabat anak sulung ku, Asma', yg sedang menuntut di Moscow, Russia)

Wanie menelefon ku pagi hari mengatakan akan datang bersama parents dalam pukul 10 - 11 pg.. aku pun mengarahkan bibik membuat persiapan utk masak sedikit juadah buat tetamu yg akan hadir... apa ya nak masak? Okay lah masak spaggetti..

Dalam pukul 10:15 Wanie menelefon semula mengatakan tak jadi datang sebab kereta ayahnya ada masalah.
Jadi aku pun kata, " kalau macam tu takpalah.."(actually dalam hati dah frust dah....hehehe..)

"Bila Wanie balik Russia semula", Tanya ku...

"bulan September nanti.." kata Wanie

"Ohh..kalau macam tu..nanti Wanie datang selepas Asma' balik pertengahan Ogos ya, boleh jumpa dia sekali .."

"baiklah makcik" kata Wanie.

Dalam pukul 11 lebih Wanie telefon semula.. "makcik ..oklah sekejap lagi saya sampai... kereta ayah dah okay.."

so, selepas itu Wanie bersama ayah dan adiknya sampai ke rumahku...
mula2 Ayah dan adik Wanie tak mahu masuk sebab nak singgah sekejap sahaja..
. tapi aku insist jugak dia orang singgah sekejap..sudilah makan spaggetti makcik masak...

Selepas menjamu selera dan berborak-borak sekejap...Wanie, ayah dan adiknya pun meminta diri utk beredar kerana ada urusan lain...

Guess what... Dapat souvenir dari Moscow, Russia....!!

Sekotak coklat

dan fridge magnet ....

Thanks a lot, Wanie

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....