Wednesday, June 27, 2007

Tagged for Charity

Tagged for Charity

I was tagged by mamamia & Zlaa. Tagging originally started by Idham's blog .

He is planning on a noble effort, which I feel I must support him. Next 26tAugust would be his birthday, and on that day, he would like to compile and bind the 100 bloggers’ memes, for which every meme, he will contribute RM127 to this orphanage. Anyone who wishes to support his effort can do so. No need to wait to be tagged.Remember, we need 100 memes by
end of July. (Idham will host the kenduri etc on 11th August at the Darul Izzah orphanage)


Once this tag is done, please leave a comment in his blog to inform him that you have done the tag.

This is the rule:
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.

The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........ *These can be copied and pasted to your entry*

Here it is:
The meme is about completing 17 out of the following twenty seven sentences........
1. A person is only as good as ..how he treats other people
2. Friendship is always .....treasured...
3. To love is to........unconditionally accepting others

4. Money makes me.......feel like a queen...can buy anything and everything I want, at anytime I prefer

5. I miss ........getting pregnant again!! (waah..tak cukup lagi ke 8 tu!!!)

6. My way of saying I care is by ........showing my concerns

7. I try to spread love and happiness by.....treating them nicely

8. Pick the flowers when...they're half blooming and from my own garden..!!

9. To love someone is to.....accept him as he is

10. Beauty is.......in the eyes of beholder

11. When I was thirteen, what I remember the most was....i had to move from Taiping back to Johor

12. When I was twenty one, I remember.....the sweetest memory in my life...I GOT MARRIED TO MY LOVING HUSBAND !!!

13. I am most happy when ........my hubby is back here in Malaysia

14. Nothing makes me happier than ......seeing all my children and I solat berjemaah diimam kan oleh abi

15. If I can change one thing, I will change.....my career.....

16. If smiles were....to make my family happy.....then I.....will smile always even in my sleep

17. Wouldn't it be nice if we could......go on holiday anywhere we want in the world, all year round with no worry about the expenses

18. If you want to ...be respected.. then you have to ...start respecting others

19. Money is not everything but.......is a necessity to fulfill our basic needs..

20. The most touching moments I have experienced is.....giving birth to all my lovely children...

21. I smile when......remembering all those sweetest memories in my life....

22. When I am happy, I....smile a lot and bersyukur kpd Allah swt ....

23. If only I don't have to ..go to classes and teach ... then I'll stay at home and spend all the time doing my hobbies.....

24. The best thing I did yesterday was....helping my son with his Arabic Language homework, and I learned a few Arabic words

25. If I ever write a book, I will give it this title,"Pengembaraan Menuju Abadi"

26. One thing I must do before I die is....beramal jariah sebanyak-banyaknya..utk memenuhi 'buku' sebelah kanan ku...InsyaAllah

27. Doing this meme, I feel like ....helping others in need


And now, I am tagging my dear blogger friends: Hope you will have some time, for original meme, please refer back to: "Idham's - tagged for charity".

Updated n3 : Idham's - Still counting...Tag for Charity!
1. my lovely daughter ~ Asma' *

2. darling ~ abi

3. Raiyan Perlis *

4. Wanie Russia *

5. Iman *

6. Mysara
7. Ayu KL

8. Puteri Ezza *

9. Pak Latip
10. Lily Haslina
11. Ezee Rahmani
12. Abang long *

13. lelakhalidah *

14. Kak Intan
15. kak long Gombak *

16. Jowo Pinter *


Keep the ball rolling!!

Tuesday, June 26, 2007

Dating Lunch dengan rakan blogger

Lunch bersama rakan blogger

Hurm...semalam ditengah2 kesibukan semenjak dua menjak ini, sempat juga pergi dating...dating dengan siapa tu?... haaa... dgn rakan blogger laa... rupanya pb nih kerja Shah Alam jugak... since dia pun mungkin bulan Julai ni nak kena pindah office baru di Sungai Way, jadi kami pun membuat temu-janji (..ewahh..) utk lunch bersama...

Seronok jugak ya blogging ni...dapat kenal ramai orang, dari pelbagai peringkat umur, dari yang masih belajar hingga lah yang telah bersara..., pelbagai jenis kerja...(house wife pun kerja jugak...house manager, financial planner, etc..) dari pelbagai latar-belakang hidup...

soo...pukul 11:30 pg , pb telefon: "Assalamualaikum, ni kak Nurazzah8 ke?" hehehe nak tergelak pun ada, sebab kalau rakan office ke telefon, mana ada panggil I 'Nurazzah8'!! dah sah la nih mesti pb.

I pun jawab lah, "ya...ni pb ke?" (mmg tgh tunggu dia telefon pun, sebab I takde no hp dia)

"Jadike nak jumpa lunch time ni?"

"ok jadi ...IA mesti jadi...kat mana nak jumpa/makan?"

"kita jumpa kat restoran BOB's Corner kat sek 18 tu, yg sebelah asrama budak INTEC, UiTM tu" kata pb.

"ok, IA ...pukul 12:30 kita jumpa" I pun jawab. Dalam hati punyalah seronok, excited .... tapi ...

"Eh..akak, macamana nak kenal ya?" tanya pb.

"Akak pakai baju kurung biru tua.." okay...set... dalam hati berdebar2... (nasib baik I sorang jek yg pakai baju kurung biru tua kat situ...

Nak dijadikan cerita bila sampai kat restoran tu, rupanya restoran tu tutup... hurm...kena cari restoran lain pulak... I suruh pb jek yg cari mana restoran kat sek 18 tu yang best sebab I nih mmg jarang makan luar... so...tak berapa arif tetang rest kat situ...

pb pun cadangkan satu restoran kat sek 17, so..I pun drive lah kereta I belakang kereta dia...sampai lah ke sek 17...

pb...muda lagi lah berbanding dgn I nih, orang nya nampak periang dan suka melawak juga... (terhibur baca blog dia.. dgn loghat kelate lagi tuh) kat bawah ni apa dia tulis dlm blog dia pasal I, nak tergelak lagi...ada ke dia kata I nih slim melim...hehehe... cik adik ooiii...akak ni dah 'kembung' 8 kali tau...!!! mana ada nak slim lagi...mungkin rangka badan I mmg kecik... so, walaupun lemak berlapis-lapis, nampak kecik jugak...hehehe...

Tengah hari semalam, pB sempat dating dengan Kak NurAzzah8.
Memang orang anak ramai ni, badan memang slim ler...
Macam Kak Wan yang ada anak 6 tu...
Sepesen jer saiz mereka berdua...

So , saper saper yang nak bodi slim melim, beranak lah ramai ramai ....
Kah kah .. sedap jer nasihat orang tu ...
Terima kasih Kak Azzah, sebab belanja pB makan mee tomyam..
Nanti , insyaallah, second date, pB pulak yang belanja akak .....

ahha...pb...jgn lupa lain kali pb pulak belanja...dah janji nak masak nasi kerabu utk akak ni...hehehe
(tak dapatlah pulak nak letak gambar sbb tak bawa digicam, anak ku dah pinjam bawak ke sekolah, ada program katanya..huhu)

Saturday, June 23, 2007

HAPPY 21st ANNIVERSARY

HAPPY 21st ANNIVERSARY

22nd June 1986 ~ 22nd June 2007

Mohd Haslan & Nurazzah

RUMAH TANGGA BAHAGIA

Syurga rumah tangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing dengan harapan
Agar rumah tangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedah berbeza
Ada mengatakan
Bahagia itu pada harta....
diukir oleh intan permata

Tak kurang yang merasakan
Bahagia itu pada rupa....
ditempa oleh wajah nan rupawan
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada kemasyhuran
dibaja dek gelaran dan nama

Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan

SEMUANYA BUKAN

Pelbagai yang menimbulkan dilema
Mencari benar, mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta...
Kalaulah bahagia itu pada nama....
Kalaulah bahagia itu pada rupa....
Kalaulah bahagia itu pada kuasa....
Kenapa Charles dan Diana berpisah ?
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah?

BAHAGIA ITU DALAM DIRI

Rupanya..
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir, rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu pada kesabaran...
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Oh suamiku, " Innalillah "

BAHAGIA ITU PADA KESYUKURAN

Bila kaya pemurah
Bila kuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Bila sihat beribadat
Oh isteriku, " Alhamdulillah "

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati."
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir ilahi
Itulah zikir yang hakiki !

*** sajak ini di salin dari blog loveujordan
nukilan Ustaz Pahrol Md Juoi

Wednesday, June 20, 2007

Hobi 3 - Membaca

Hobi 3 - Membaca

N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh didapati. Kecil2 suka baca komik kartun dan buku cerita yang ringan dan cerpen. Apabila semakin dewasa sudah mula berjinak2 dgn novel. Apa sahaja novel yang boleh kupinjam dari kawan, perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam (tapi jarang pergi kerana dulu tak banyak pilihan, dulu juga tak mampu nak beli, kalau nak beli jugak, kena simpan duit belanja sekolah sikit2).

Teringat semasa remaja, kakak ku cukup sakit hati jika aku mendapat sesebuah buku utk dibaca. Bukan apa, kerana mmg sifatku kalau dah start baca satu buku tu, aku tidak akan berhenti membaca sehinggalah sampai ke penghujungnya dan tahu apa kesudahan cerita. Aku seolah-olah berada dalam dunia lain...duniaku tersendiri..... Ini akan menyebabkan aku meng'abai'kan segala kerja yg disuruhnya....! Akhirnya dia kena/terpaksa menghabiskan kerja yg aku sedang buat...mana dia tak sakit hati...hehehe....
Contohnya jika giliranku mengemas rumah, sedang menyapu tiba2 terjumpa novel di kerusi, apa lagi...terus berhenti dan duduk membaca...sehinggalah ke akhir mukasurat..!!! Tugas mengemas dan menyapu tidak selesai...!!! Kesiann kakak ku....

Sekarang tidak pernah lupa untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL utk mendapatkan koleksi buku2 terkini (kecuali tahun ini, kami ada sesuatu perkara sehingga terlepas pesta buku tersebut). Antara novel yang aku suka baca adalah novel karya Arena Wati, Pak Sako, Shahnon Ahmad dan A.Samad Said.

Melalui blogsphere ini, aku telah mengenali beberapa orang penulis yang sedang mengukir nama di persada sastera tanahair, di antaranya ezee rahmani, Abdul Latip Talib dan Lily Haslina.
Baru-baru ini aku telah memesan beberapa novel sejarah pahlawan islam yang ditulis oleh Pak Latip.... Aku sangat teruja untuk membacanya kerana ingin mengetahui bagaimana kisah sejarah pahlawan Islam ini di sampaikan.
Semalam, Isnin tepat pukul 2:15ptg posmen sampai dan menyerahkan sebuah bungkusan. Ketika itu anakku Anas baru balik dari sekolah, dia pun tanya, "Ummi...kotak apa ni?"

Aku ketika itu sudah dapat mengagak apa isi kandungannya, menjawab, "Oh..ummi beli buku cerita..."

Anas berkata lagi, "Nak tengok..."

"Ok...Anas bukak lah ...kita tengok buku apa"
Setelah dibuka, aku terus mencapai buku Salahudin Penakluk Jerusalem. Teringat kembali sewaktu aku melawat makam Salahudin Al-Ayubi di Damsyik, Syria pada bulan Mac yg lalu.

Tapi anakku Anas berkata, " alaaa....Anas nak baca yang itu..."

"Hurm...okay lah..., bagi ummi baca Ikramah Penentang Jadi Pembela "...

Jadi waktu-waktu seterusnya tenggelam lah kami dalam dunia pembacaan kami mengenai sejarah pahlawan islam....

Tepat pukul 5:30 ptg..... aku habis membaca buku tersebut.... dalam masa 3 jam sahaja!!!

Aku pun mencari anakku Anas hendak memberitahunya bahawa aku sudah habis baca,
"Mana Anas ni..?"

"Anas di dapur, tgh goreng roti canai..." kata bibik...

dan aku lihat......
hahaha...dia sedang kusyuk membaca sambil menunggu roi canai masak....


Pukul 6 ptg aku ada program di rumah sahabat. Lebih kurang pukul 9 malam aku pulang ke rumah, buka sahaja pintu lihat ..........
laaa....masih membaca novel Salahudin .....


Esoknya balik dari sekolah, Anas menyambung lagi membaca dan khatam pd pukul 4 ptg....Pagi ini sebelum ke sekolah, selepas sarapan dilihat Anas sedang membaca novel ke-2, iaitu Khalid Memburu Syahid...


2-3 hari ini aku sibuk dgn kursus dan bengkel, jadi tak sempat nak sambung baca...tunggu weekend nanti....


** utk Pak Latip, insyaAllah saya akan bagi komen / pendapat tidak lama lagi .... hurm..tak sabar nak habiskan kesemua novel tersebut...

Monday, June 18, 2007

Academic Values VS Commercial Values

Universiti Malaya - Khazanah Warisan Negara


Mengikuti perkembangan semasa terkini yang bersangkutan bidang akademik membuatkan diri ini termenung seketika..... betapa demi nilai kormesial, mahu mengaut keuntungan tinggi membuatkan orang lupa tentang nilai-nilai murni dalam bidang akademik. Begitulah jika dunia sekarang umumnya, penduduk Malaysia secara khususnya, lebih mementingkan materialistik.

Walaupun saya sekarang bukanlah pendidik di universiti terkemuka negara itu, tetapi saya pernah berkhidmat selama 9 bulan sebagai tutor(penolong pensyarah) pada awal 90an di Pusat Komputer ketika itu di bawah dekan Prof. Dr. Mashkuri.

MEMBACA laporan akhbar mengenai ura-ura rancangan pemindahan kampus Universiti Malaya (UM) dari tapak asalnya sekarang di Kuala Lumpur ke Sepang oleh sebuah syarikat pemaju hartanah (syarikat Guocoland (M) Berhad. yg dikuasai jutawan, Tan Sri Quek Leng Chan) menarik perhatian umum terutama di kalangan pentadbir, pendidik dan pelajar universiti itu sendiri. Syarikat tersebut dikatakan telah menbida untuk memindahkan UM ke Sepang dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat kormersial dan perumahan, menerusi projek bernilai RM10 billion. Guocoland mempunyai 4,860 hektar tanah di Sepang yg sebahagiannya digunakan untuk membangunkan projek Pantai Sepang Putra membabitkan pembinaan banglo dan vila di pinggir laut.

Saya bersetuju dengan pandangan bekas Naib Canselor UM, Prof Diraja Ungku Aziz yang menyatakan bahawa cadangan pihak tersebut disifatkan sebagai ‘gila’ dan ‘kurang ajar’. Ini kerana menurut beliau, tindakan tersebut menggambarkan sikap tidak patriotik pihak tersebut terhadap khazanah negara.

Melihat kepada faktor sejarahnya, UM yang pada asalnya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905 dan kemudian membuka cawangannya di Kuala Lumpur pada tahun 1957. Ia secara tidak langsung membawa makna tertentu kepada politik negara di samping bermulanya sejarah pendidikan tinggi di negara kita.

Ini kerana, pada tahun tersebut negara kita mencapai kemerdekaan dan pada masa yang sama kita juga dapat memiliki sebuah universiti meskipun ia hanya sebuah cawangan. Sehinggalah pada tahun 1962, barulah UM ‘dibawa’ ke negara kita dan ‘ditempatkan’ di tapaknya seperti yang kita lihat sekarang.

Apa yang lebih penting bukanlah pada struktur bangunan semata-mata tetapi juga ia merupakan perintis kepada kewujudan institusi pendidikan tinggi di negara kita. Bahkan dalam konteks ini tapaknya itu turut mencatatkan nilai sejarahnya tersendiri. Inilah saya rasa sesuatu yang amat penting sekali dan wajar dipertahankan.

UM juga menjadi tunjang kepada pendidikan tinggi di negara ini terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Penubuhan pusat pengajian asasi sains di universiti tersebut telah membuka ruang dan peluang kepada golongan bumiputera untuk mempelajari ilmu sains yang ketika itu dikuasai oleh golongan bukan bumiputera.

Selain itu, ia juga telah menyumbangkan jasa yang cukup besar kepada negara. Di universiti inilah lahirnya pemimpin-pemimpin negara yang sangat kita hormati dan sanjungi. Ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. PM mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada tahun 1964! (Saya pun belum lahir lagi...)

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan anak Melayu pertama memperoleh ijazah kedoktoran dalam perubatan turut ‘dilahirkan’ oleh universiti tersebut ketika kampus induknya masih lagi berada di Singapura.

Justeru UM bukan sahaja harus dilihat dari sudut nilai pendidikan semata-mata tetapi juga membawa kepada simbol politik, budaya dan juga sejarahnya yang sinonim dengan pembangunan orang Melayu.

Adalah tidak wajar sekiranya salah satu daripada warisan negara ini ‘dilayan’ sebegitu rupa hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan. Imej dan prestij UM sebagai ‘universiti yang tertua’ di negara ini perlu dijaga dan dihormati. Bukan dicemari dengan sikap tidak mempedulikan nilai sejarah negara.

Nilai sejarah negara sama ada dalam pendidikan atau apa jua bidang pun wajar dihormati dan bukan untuk diperdagangkan dengan sewenang-wenangnya, khususnya oleh rakyat negara ini sendiri.

Kita sewajarnya mencontohi beberapa negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan sebagainya yang sentiasa menghormati universiti di negara mereka.
Bahkan mereka sama-sama menjaga prestij dan imej universiti mereka daripada dicemari kerana merasakan bahawa itu adalah identiti dan keistimewaan yang harus dipelihara.

Adalah amat diharapkan agar isu ini diberi perhatian serius oleh semua pihak, bukan semata-mata warga kampus UM tetapi juga seluruh masyarakat. Kita harus mempertahankan warisan pendidikan tinggi negara kita daripada tindakan rakus sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

KITA berasa lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Universiti Malaya (UM) mesti dikekalkan di lokasinya yang ada sekarang.

Bagaimana besar pun UM mahu berkembang, ia tidak wajar dipindahkan ke lokasi lain. Pembangunannya boleh dilakukan dengan menubuhkan cawangan-cawangan baru di tempat-tempat lain tanpa mengorbankan kedudukan kampus induknya di Lembah Pantai.

Kita juga terharu betapa banyak pihak masih menunjukkan rasa hormat kepada kampus bersejarah UM dan mahu kedudukannya di situ dipertahankan.

Sesungguhnya UM di lokasinya yang ada sekarang sudah menjadi institusi nasional yang bersejarah dan menjadi sebahagian daripada mercu tanda dan jati diri Kuala Lumpur.

Justeru, kawasan kampus UM, dengan bangunan-bangunan fakultinya serta landskapnya yang indah tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit walaupun betapa menarik cadangan pembangunan gantiannya.

***Utusan Malaysia 17 Jun 2007
***pendapat pembaca (En. Shahrir Salleh dari Sg Petani, Kedah)

Friday, June 15, 2007

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA


Footprints

"Walk a little slower Daddy,"

said a child so small.

"I'm following in your footsteps

and I don't want to fall.


Sometimes your steps are very fast,

Sometimes they're hard to see;

So walk a little slower, Daddy,

For you are leading me.


Someday when I 'm all grown up,

You're what I want to be;

Then I will have a little child

Who'll want to follow me.


And I would want to lead just right,

And know that I was true;

So walk a little slower, Daddy,

For I must follow you."



-Author Unknown



Puisi indah utk bapa ~ sila berkunjung ke blog ez

Wednesday, June 13, 2007

Ibu ...dikaulah ratu hatiku.....

Ibu ...dikaulah ratu hatiku.....

n3 ini saya cipta khas buat seorang insan yang bernama ibu . Hatiku tersentuh tatkala membaca sebuah puisi yg direkacipta oleh seorang penulis yang sanggup berkunjung meninggalkan jejak di blogku.
Terimalah wahai rakan bloggers sekelian... sebuah puisi dari ez .......

Wajah Ibu

Jernih sayu mata ibu
Merenung jauh beribu batu
Menembusi dinding dan tembok batu
Jauhnya renungmu wahai ibu
Bolehkah ku tahu apa di kalbu?

Hatiku berbisik ke hati ibu
Kenapa ibu terus membisu
Sambil jemari menggenggam kaku
Begitu ibu terus membisu
Ku meneroka ke hati ibu

Hati ibu membalas bisik
Membisu ibu merindu dakap
Anak-anak yang jauh di rantau
Sudah lama tak kelihatan
Hanya wajah dalam kenangan

Hati ibu terus berbisik
Betapa terkenang usik mengusik
Gelak ketawa adik beradik
Kini hanya hati ibu yang berbisik
Memujuk ibu agar tak serik

Bukan posmen ditunggu ibu
Menghantar wang sekian ribu
Tetapi..sekadar suara-suara yang dirindu
Itu sahaja yang ibu mahu
Biar hilang rindu di kalbu

Tangan ibu ku genggam erat
Ku peluk ibu kuat kuat
Oh ibu…beban rindumu terlalu berat
Ibu…inilah anak-anakmu pulang menatap
Wajah ibu yang penuh berkat.

ezee rahmani
Bukit Mahkota
(Berita Minggu 13hb Mei 2007)

Monday, June 11, 2007

Tanjung Piai- the southernmost tip of mainland Asia

~Cuti-cuti Malaysia~
Welcome to Tanjung Piai - The southernmost tip of Mainland Asia


Cast your eyes down a map of Asia. Work your way down China, past Thailand, until you reach Malaysia. Then close in on the southernmost tip you can find on the Malaysian peninsula.
In the south-western corner of state Johor, dipping into the Straits of Malacca, is a cape shaped like the inverted dorsal fin of a shark.This is the coastal mangrove outpost of Tanjung Piai, home to the Tanjung Piai Johor National Park , and geographically the Southernmost Tip of Mainland Asia.Tanjung Piai is located in Mukim Serkat, Pontian, Johor, near my hometown Kampung Rimba Terjun, Pontian, Johor. From Pontian town, take Jalan Kukup, and follow the signage to Tanjung Piai. The park is also not far from the seafood haven of Kukup. From Kuala Lumpur or north, take the North-South Highway and exit at Simpang Rengam (after Machap). Head for Pontian/Benut, and follow the sign boards to Tanjung Piai.Tanjung Piai Johor National Park consists of 526ha of coastal mangroves and 400ha of intertidal mudflats, with a shoreline bordering the Malacca Strait that stretches some eight kilometres.
Tanjung means cape in Malay, and Tanjung Piai derives its name from the Paku Piai Raya fern (Acrostichum aureum) which flourishes in abundance in these mangroves. At the entrance of Visitor's Center, there is a huge stone statue of this Paku Piai Raya Fern.Tanjung Piai also enjoys the unique cultural and geographical significance of being the southernmost tip of the Asian mainland (exact location-latitude 01 16.00’ North/longitude 103 30.46’ East). It forms a mangrove corridor that connects two other key wetland areas in south-west Johor – Pulau Kukup Johor National Park and Sungai Pulai mangrove forest reserve. Declared as a national park on 12 September, 2001. It was the first mangrove forest in Johor to be declared a national park.It was declared the world’s 1289th Ramsar Site (the fourth in Malaysia) as of 31st January 2003.
The park is home to 20 true species of mangrove and nine mangrove associated species. The mudflats are a haven for at least 41 species of birds. Also found that the park are seven species of mammals, seven species of reptiles, one amphibian species and a host of marine and other organisms.
The entrance fee:
Children between 13 and 21 years – RM2
Malaysian students – RM2

Non-Malaysian students - RM3
Malaysian adults – RM3
Non-Malaysian adults – RM5.


After buying the entrance tickets at the Visitor's Center counter, you have to walk through the 'Tanjung Trail' or 'Jejak Tanjung' that are made from stilt woods along the mangrove trees to go to the end of the cape. Finally.... after walking about half an hour through the mangrove trees, we arrived at the southernmost tip of mainland Asia!!!
Since my parents live nearby, we just went there for a day trip. For those from far, there are 3 types of accomodations that you can choose from: Park campsite, Homestay programme or Tanjung Piai Resort.

Park Campsite: Facilities are available for about 120 campers at any one time. Campers are expected to be self-catering. Neither tent facilities, food nor cooking facilities are provided. Food can be purchased at several eateries nearby, particularly in the vicinity of the Tanjung Piai Resort. Ask at the Visitor's Complex counter, or call in for details.

Homestay Programme: This is the best way to get a feel of life in a typical Malaysian `kampung' or village. About 30 families in the nearby village of Kampung Perpat Timbul are currently participating in a homestay programme organized by Agrotourism Tanjung Piai. Look out for the Homestay logo outside participating homes. Home stays generally cost RM35 per day for accommodation only, or RM50 for accommodation, breakfast and dinner.

Tanjung Piai Resort: A no-frills, chalets-on-the-sea style accommodation located conveniently right next to the park. Scenic location - you get a clear view of passing vessels at sea, as well as of fishermen coming home with the day's catch.

Entrance to Tanjung Piai Resort
Fishermen Village
View of passing vessels


For those who are nature lover, I strongly recommend and promote Tanjung Piai as one of the must visit places.
Selamat kembali ke sekolah (selepas 2 minggu cuti) and you can come here again next time, next school holiday...

Thursday, June 7, 2007

Hobby 2 - Gardening

Hobby 2 - GardeningBesides cross-stitching, I love gardening very much. Maybe I pick this up from my mother and father. They really have the 'green fingers'. I remember when I was young, since I was in primary school, I love to help my mother with her 'pokok bunga' which were planted around our house. Early in the morning, I will help her to water the plants, sometimes help her weeding and trimming some of the plants. I was so proud at that early age, she trusted me to design my own arrangement of plants and flowers... after sometimes if I felt 'boring' with one arrangement, I will start to move the pots around and change the layout. And sometimes I just do that to compete with my neighbors ... hahaha... at that young age, dah mula 'tunjuk belang' nak compete rumah siapa yang paling cantik. FYI, my father was a warder, so we lived in a quarters in Kamunting, Taiping, Perak. The quarters was situated at the foot of a hill, and every morning when I woke up and open the window, a gush of mist will touch my cheek and a smell of very refreshing morning dew..... hurm...I closed my eyes and took a deeeeeeeepppp breath...(at that time it was in the 70's, not so much development and lots of greens.... the air smells soooo fresh....

Our house is at the end a barrack, so there was an extra land besides our house... my father managed to make a spacious 'kebun sayur' with different kind of vegetables. You named it.. kacang panjang, sawi, bendi (lady's finger), lada merah, terung.... etc.... and I really remember sometimes when there were so many of it, we just gave away some to our neighbors. One year during Ramadhan month, I even tried to sell the vege at the barracks... hahaha... I will yell at the top of my voice, "Kacang panjang, bendi, lada.....", "makcik nak beli sayur?", "Makcik, beli lah... ni abah saya tanam sendiri...!", "makcik tak payah pergi beli kat apek tu lagi, beli kat saya aja", ....and mcm2 lagi.

And now living in a terrace house in the modern city of Shah Alam, I don't have a very big land of my own . Just in front of my house, a land size 7' X 20' , just enough to nurture my gardening hobby and my dream to create my own garden.... Welcome To My Garden!

Actually I like English or Country Gardens, full of different colors of flowers, and I like Roses. But due to Malaysia's tropical climate, it is hard to maintain an English or Country Gardens...so, I switch to tropical garden instead. I like greeneries, so there are a lot of green plants in my garden, such as Sago Palms, Spider Plants, Bamboo Palms, Peacock Plant, Bird's Nest Fern,Yucca, Dragon Tree, Rubber Plant, Bamboo Plants, Asparagus Ferns and Chinese Evergreen. In between the greens there a re also the flower plants.

Halia Bara Merah (Red Ginger)

There are Helicornia, Lily, Bougainvillea (Bunga Kertas), Water Plants, Red Ginger, Pink Ginger (Halia Bara), Money Plant, Keladi Gergasi, Tanduk Rusa, and a few scented flowers such as Kenanga, Roses, Kesidang/Kerak Nasi, Jasmine. Hurm...take a deep breath in the morning or at night I can smell the nice fragrant of the flowers...
Heliconia (Sepit Udang)


Bunga Pokok Jarum Tujuh Bilah
Dipanggil bunga Jarum Tujuh Bilah kerana di batang pokok ini penuh berduri dan setiap satu punca ada tujuh duri. Dikatakan jika dimakan daun/pucuk pokok ini sehelai setiap hari mampu untuk menghindarkan pemakannya dari sakit kanser, Wallahualam.....






Kedua-dua bunga ini saya tak tahu nama dia, tapi suka tanam sebab bunganya yg kecil jika banyak kelihatan cantik berwarna ungu.



Ini juga saya tak tahu apa namanya.
(***update: baru jumpa nama pokok ini: Crown of Thorns or Christ Plant or Christ Thorns. Nama scientific: Euphorbia Milii)








Bunga Tiga Musim (Hydrangea 'Penny Mac')

Di panggil Bunga Tiga Musim kerana bunga ini mampu bertahan lama sehingga 3 bulan baharulah kering.


Pokok jenis memanjat ini saya tanam di pagar sebelah hadapan. Sentiasa mengeluarkan bunga yang bergugus-gugus selepas hujan dan panas. Namanya juga saya tak tahu.....








Pokok Tanduk Rusa.

Orang tua2 kata ini pokok 'langsuir/pontianak' .... eeeiiii... nak sebut pun takut..! Bukan apa, sebab pokok ini sebenarnya banyak didapati di dalam hutan tumbuh di atas pokok2 besar. Jadi orang tua kata tempat pontianak tinggal... hish... tapi sekarang orang dah ketepikan fahaman tak betul tu.. dan ramai juga telah membela pokok ini dirumah2.

Bunga Kenanga


Bunga Kesidang atau Kerak Nasi






Rose
Kebanyakan pokok2 ini saya tukar dgn kawan2 yang sama hobi dengan saya, jiran bagi benih atau saya beli di Sungai Buloh. Bagi mereka bukan dari Lembah Klang, Sungai Buloh ialah satu tempat yg mempunyai banyak nursery/tapak semaian pokok2. Namakan saja pokok apa yang kita hendak,semuanya ada disitu... orang kata .."it's a haven for gardeners..."
I used to frequent it every month, but now no more space to put anymore plants...my heroes complaint when they know I'm going to Sg Buloh... "Ummi ... tak payah lah beli pokok bunga lagi.... dah penuh kat depan nih.... " Hahahaha... sebab apa? because they cannot play football in front of my house anymore! Otherwise kena marah ...habis semua pokok I patah-patah kena bola... Ummi said " main bola kat padang laa..., you all punya tendangan tu kalah Beckham dan Ronaldo....nasib baik cermin tingkap tak pecah, pokok bunga ummi yang habis patah...." Al-maklum lah anak2 bujang I semua peminat bola sepak no. 1.... hehehe... Anyway, sekarang dah lama tak pergi Sg Buloh, maintain yg ada kat taman ni aje....

Pink Ginger (Halia Bara Merah Jambu)
Imagine, pagi2 lepas hubby pergi kerja, I baca newspaper kat kerusi yg ada dalam taman I sambil menghirup udara pagi yang segar, sesekali bau harum bunga kenanga dan kesidang menusuk hidung dibawa angin lalu.... dan diselangi kicauan burung mencari makan di pagi hari.... ohh..nyamannya..............

Wednesday, June 6, 2007

Berita Terkini di Malaysia

Berita Terkini di Malaysia

Berita Hari Ini - Perdana Menteri nikah dengan Jeanne Abdullah, Sabtu, 9 Jun ini

Berikut disiarkan kenyataan media yang disiarkan oleh laman rasmi Jabatan Perdana Menteri bertarikh 6 Jun 2007.

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.


Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja


Tahniah diucapkan kpd YAB Perdana Menteri Malaysia.
*********************************************************************
Berita Semalam
- Loganathan Arumugam of the Alleycats has passed away.

My condolences goes out to his family on his passing.

I was a great fan of Alleycats (nowadays dah jarang dengar lagu depa, tapi dulu masa sekolah siap hafal semua lirik lagu ..hehehe).

For those not from Malaysia, Alleycats is a local home grown group which was formed way back in 1969 and they've been producing evergreen hits for as long as I can remember. Their popularity has spread to countries such as Singapore, Indonesia, Hong Kong and other SEA countries to name a few.

I doubt there would be anyone in Malaysia who has not heard of Alleycats. The band is fronted by its two founding members, David Arumugam and his late brother Loganathan Arumugam.

His wife said Loga had been suffering from a bad cough for about a year, but was diagnosed with lung cancer only eight months ago.
“We went to so many doctors and none of them could tell us what was wrong until he was sent for a CT scan. By then, the cancer was already in the third stage. ", she said.

“He never felt sorry for himself – he just said, 'now that we know, let's deal with it'.
“Before he closed his eyes for the last time, he smiled and told me to be strong,” she said.

The group started by playing in clubs around the country before signing a recording deal with PolyGram Records in 1978.

The Alleycats have 30 albums to their credit and are one of Malaysia’s favourite bands, with evergreen hits like Sampaikan Salam, Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu and Sekuntum Mawar Merah.


Loga - Rest In Peace.

Tuesday, June 5, 2007

Hobby 1 - Cross Stitching .... cont.

Hobby 1 - Cross Stitching .... (cont.)

As I promised I'll post the cross-stitch projects done by my eldest daughter Asma' when she was 9 years old, which was 11 years ago!

Actually there are 3 instead of 2 as I mentioned yesterday. The one I missed is actually the phrase "BismillahirRahmannirRahim" , which means 'With the Name Of Allah The Most Gracious and Most Merciful'.
I hang it above the main entrance to our house.

The first project she did was a simple one with the word 'Mother', flowers and a butterfly.

During year-end school holiday, she did another project with ABCs and numbers.


I still have many leftover of DMC floss used for these cross-stitch projects, and I keep it nicely in an organizer that has many small translucent drawers so that I can see the color of the floss.....well who knows maybe one day I'll find time and sit down relaxing and trying in another postponed project! OR I will pass it down to the next and next generation ....as a keepsake....

Cherios...Happy cross-stitching for those who have the same hobby with me and Asma'......
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....