Monday, May 28, 2007

Apa Ada Pada Nama?

Apa Ada Pada Nama?

Pertama sekali blog ini khusus utk rakanku Sarinah@loveujordan yang berada di Amman, Jordan. She had tagged me to write about the names of my children....here it goes... Sejak sebelum aku berkahwin lagi, aku telah memasang angan-angan (yg akhirnya menjadi kenyataan) bahawa ada beberapa ciri2 yang ditetapkan untuk memilih dan memberi nama kepada anak-anak ku:

1) Memilih nama yang baik untuk anak, setidak-tidaknya telah terlaksanalah tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada setiap ibu bapa.

2) Memberi nama yang pendek.
Aku memilih bahawa anak2ku kelak akan diberi nama yang mempunyai 2 sebutan sahaja dengan harapan rakan dan saudara-mara tidak akan dapat memanggil dengan nama timangan yang dipendekkan daripada nama asal dan tidak membawa sebarang makna.
Juga untuk menyenangkan mereka mengisi borang2 semasa berurusan rasmi terutama semasa menjawab soalan peperiksaan (pengalaman melihat rakan2 yg bernama panjang menghabiskan masa yang lama untuk menghitamkan ruang nama dalam kertas jawapan objektif semasa SRP dan SPM-kalau terlampau panjang
sampai tak cukup ruang!)
3) Memilih nama daripada nama para Nabi atau sahabah.
(Ended up mostly from sahabah's names. Salah satu hobiku suka membaca kisah atau sirah para sahabah
. Kagum dengan sifat2 mereka yang terpuji menyebabkan aku memilih nama2 berikut)

4) Tiada sebarang kekangan kepada permulaan huruf.
Aku tidak kisah nama anak2 akan bermula dengan huruf apapun, asalkan membawa makna yang baik.
Cthnya: jika nama si ibu bermula dengan huruf 'M', maka nama ana
k perempuan mesti bermula dgn huruf 'M' jugak, jika nama si ayah bermula dengan huruf 'S', maka nama anak lelaki juga mesti bermula dengan huruf 'S'.
EIGHT IS ENOUGH!
(sesiapa yang seangkatan dgn ku mesti ingat cerita komedi-drama bersiri ini ditayangkan di kaca TV sekitar tahun 1977 - 1981, dan aku sbg penonton setia akan sentiasa menantikan cerita ini ditayangkan ke udara. Ini adalah kerana aku sgt kagum dgn jalan ceritanya iaitu sebuah keluarga yang mempunyai 8 org anak. Bgmn ibu-bapa nya berusaha dan survive membesarkan 8 org anak )

Alhamdulillah, akhirnya cerita TV kegemaran ku itu menjadi kenyataan kpd diriku sendiri....namun aku berusaha membesarkan mereka mengikut ajaran dan landasan Islam. Alhamdulillah kesemua anak-anakku dilahirkan secara normal dan tiada komplikasi semasa melahirkan mereka. Tiada banyak kesulitan ketika
mengandung dan juga ketika melahirkan.

Here is my EIGHT IS ENOUGH ! in 2004

1) Asma'

Anakku yang pertama ini dilahirkan di bumi Amerika, Columbus, Ohio. Kali pertama mengandung aku alah pada 3 bulan pertama. Morning sickness, tak boleh bau masakan terutama apabila masuk bab tumis-menumis. Kesian abi kerana terpaksa membeli makanan di luar kerana aku akan muntah sebaik sahaja proses memasak bermula. Yang boleh masuk hanyalah buah-buahan sahaja.

Teringat suatu hari teringin sangat nak makan gulai tumis asam pedas. So, adalah
seorang kakak senior nih bermurah hati tolong masakkan untuk ku, tetapi sebaik sahaja aku menyuapkan suapan yang pertama, terus berlari ke bilik air....masa tu memang badan rasa lembik tak bermaya...sebab kurang makan. Namun sebaik sahaja hilang alahan ini, semua yang diberi SEDAP sahaja pada tekak ini, bak kata orang tua-tua, 'tolak batu dan kayu' aje, yg lain semua habis dibedal...berat badan jangan cakaplah..memang naik macam dipam-pam...dalam hati "tak apa, nnt lepas bersalin boleh kurangkan"...

Sehingga waktu bersalin tidak tahu jantina anak, sengaja tidak mahu tahu. Suda
h sediakan satu senarai panjang nama anak lelaki dan perempuan, tapi yg top priority ialah Asma' jika perempuan, jika lelaki.....Alamak...tak ingat lah.... tapi naluri ku berat mengatakan perempuan. Tak tahulah, mungkin pembawaan nya ...akhirnya yang keluar.....PEREMPUAN...Alhamdulillah.

Sudah lama menginginkan anak bernama Asma'. Sejak aku bersekolah dan membaca sirah sahabah. Sempena nama Asma' Binti Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dia seorang wanita muhajirin yang mulia dan tokoh yang besar kerana akal yang pintar dan kemuliaan jiwa serta kemahuannya yang kuat, a very determined person.


Anak perempuan khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini di gelar "Perempuan yang mempunyai 2 tali pinggang" sempena peristiwa beliau mengoyakkan tali pinggangnya menjadi 2 untuk mengikat makanan dan minuman yang dibawa utk Rasulullah saw dan ayahanda Abu Bakar semasa bersembunyi di Gua Thur dari dibunuh oleh kafir Quraish sewaktu peristiwa hijrah ke Madinah. Beliau melakukan ini seorang diri meredah kegelapan malam selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang perasaan takut dan gentar. Boleh dikatakan beliau ialah seorang yg sangat berani.

Oleh itu kami pun memberi nama Asma' kepada anak pertama kami, dengan harapan anak kami akan mempunyai sifat-sifat seperti Asma' Binti Abu Bakar r.a. Alhamdulillah, 20 tahun umur Asma' , begitulah sifat2 yang dipamerkan...seorang anak yang pintar dan sentiasa cemerlang dlm pelajaran, dan sangat determined dlm apa jua yang dilakukannya. Jika Asma' mahukan sesuatu, dia akan sentiasa berusaha sehingga tercapai apa yang dihajatinya.

Sentiasa menjadi rebutan 'makcik-makcik' bujang yang belajar satu universiti denganku. Aku tiada masalah hendak belajar atau pergi kelas, kerana 'makcik-makcik' ini akan sentiasa menawarkan diri menjaga dan
bermain dgn Asma'.

Kini menuntut dalam tahun 2 di Jordan Uni of Science & Technology, Irbid, Jordan dalam jurusan perubatan.
IA Asma', I know u can do it, Go for It....

My 5 heroes , from left: Mu'adz, Ammar, Zaid, Anas & Zubair

2) Zaid
(sama nama macam anak Sarinah@loveujordan yang pertama)

Kali ini tiada masalah sepanjang masa mengandung, tiada morning sickness. Selera ku sentiasa ada. Waktu ini aku sedang menghabiskan pengajian MSc di Athens, Ohio. Zaid lahir pada musim sejuk sudah bermula. Sewaktu balik ke Malaysia umur Zaid 8 bulan, menghadapi kesukaran menyesuaikan diri kpd cuaca panas dan lembab di Malaysia. Selama setahun badannya penuh dengan ruam panas dan selalu terpaksa tidur pakai lampin saja.

Kagum dengan sifat gagah, berani dan teguh dalam diri sahabah dan juga anak angkat Nabi SAW , iaitu Zaid Bin Harithah, ditambah lagi dengan maksud nama kelebihan/mulia, kami menamakan anak ke-2 kami Zaid, dengan h
arapan anak ke-2 kami akan mempunyai kelebihan dalam diri, gagah, berani dan teguh dan mengalir darah pahlawan sebagaimana darah pejuang Zaid bin Harithah....

Alhamdulillah, akan berumur 19 tahun pd bulan Nov ini, Zaid kini seorang remaja lelaki yang tinggi (lebih tinggi dari abi), pintar dalam pelajaran(sedang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan) dan bertanggungjawab (boleh diharap menjaga adik2 dll semasa abi tiada di rumah)....dan peminat no.1 bolasepak... Manchester United....!

3) Ammar

Tiada masalah sepanjang mengandungkan anak yang ke-3 ini. Kali ini kami sudah pulang ke Malaysia dan aku sudah mula bekerja. Namun banyak cabaran dan dugaan sehingga melahirkan. Menginap di Ampang dan
bekerja di Shah Alam, tambahan pula baru bekerja dan tidak mampu hendak membeli kereta, aku berulang-alik ke tempat kerja menaiki bas (terpaksa naik/tukar 2 bas setiap kali pergi dan balik kerja, terpaksa berebut dengan penumpang2 lain di Bas Stand Klang, KL dengan perut yang sudah mula membesar, waktu itu sudah 4 bulan mengandung). Tidak tahan dengan keadaan itu, kami berpindah ke Shah Alam. Abi pula mula bertugas di projek di pendalaman hutan somewhere in Pahang... hanya balik 2 minggu sekali... Sehingga sampai masanya, anak ke-3 dilahirkan tanpa suamiku di sisi...sob...sob...sob.. sebabnya tak dapat hubungi abi kat dlm hutan tu..(waktu itu tak ujud pun hp kat Msia nih)...sedih sungguh tapi aku tabahkan hati. 2 minggu anak ku tak bernama...menunggu abi balik dan register....namun sementara itu aku sudah sediakan satu senarai nama pilihan... akhirnya nama Ammar yang terpilih.

Sempena nama sahabah Ammar Bin Yasir, iaitu anak kpd Sumayyah, wanita solehah pertama syahid menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Menyaksikan di hadapan mata sendiri bgmn ibu dan bapanya disiksa dan sibunuh dengan kejam oleh kaum kafir Quraish, menjadikan Ammar semakin teguh dan kuat Imannya kpd agama Allah. Ammar Bin Yasir juga di antara sahabah yang gugur syahid.

Ammar yang bermaksud Yang memakmurkan/yang kuat Iman. Seorang anak yang berpendirian tegas dan mempunyai sifat kepimpinan yg kukuh. InsyaAllah semoga Ammar kami akan sentiasa mempamirkan sifat-sifat terpuji ini... kini belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' dan sudah menhafaz 14 juzuk dalam masa 5 bulan... Harapan kami semoga Ammar akan menjadi seorang Al-Hafiz satu hari nanti..Amin.
(Juga peminat bolasepak no.1 ...penyokong setia Liverpool! )
4) Anas

ALhamdulillah semuanya lancar sepanjang mengandung dan melahirkan Anas. Kali ini abi sempat balik (dari Johor Bahru)untuk menyambut kelahiran anak ke-4. Sudah tahu jantina anak sebelum melahirkan, oleh itu awal-awal lagi dah sediakan nama Anas.

Sempena nama sahabah Anas Bin Malik r.a. Anas Bin Malik adalah seorang sahabah yang sentiasa mengabdikan diri kpd Allah SWT dan yang berikrar akan sentiasa patuh dan taat kpd Rasulullah saw. Di serahkan pada umur 10 tahun untuk menjadi pembantu Rasulullah saw oleh ibunya Ummu Sulaim. Ketika menyerahkan Anas kpd Rasulullah saw, ibunya berkata, " Wahai Rasulullah, Aku serahkan Anas anakku sebagai pembantu mu, mohonlah keredhaan Allah baginya".
Rasulullah saw pun mencium di antara keningnya dan memohon agar Allah merestui dan meredhai Anas Bin Malik . Baginda berkata,"Ya Allah, kurniakanlah kpd dia rezeki dan anak yang banyak. Redhailah hidupnya dan semoga dia akan masuk syurga".
Dengan ini Anas Bin Malik hidup sehingga umurnya 99 tahun (ada byk pendapat, namun semuanya melebihi 90tahun) dan mempunyai kekayaan yang melimpah (ada yang meriwayatkan beliau mempunyai kebun yang mengeluarkan buah2an 2 kali setahun) dan anak yang ramai (ada yg mengatakan 80 orang, 78 lelaki dan 2 perempuan).
Selain daripada itu beliau juga banyak meriwayatkan hadis daripada nabi saw.

Bermaksud kemesraan/cinta/kasih, kami berharap agar Anas akan sentiasa menjadi anak yang mencetuskan kemesraan dan kasih-sayang dalam keluarga kami. Kini sedang ber
siap-sedia untuk menghadapi peperiksaan PMR pada hujung tahun ini. Juga peminat no. 1 bolasepak...penyokong setia Chelsea...!!

5) Wafa'
Selepas 3 "hero", kali ini aku sangat mengharapkan seorang lagi anak perempuan. Seperti biasa tiada masalah sepanjang tempoh mengandung, semuanya berjalan lancar...sehingga saat hendak melahirkan aku tidak mahu tahu jantina anak. ..sepanjang tempoh mengandung juga tidak henti-henti berdoa agar Allah mengurniakan seorang lagi anak perempuan. Kali ini abi ada kerja di sekitar KL, dapat menghantar ku ke hospital untuk bersalin. Keluar sahaja....doktor pun kata, "It's a girl!" Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT.

Awal2 lagi sudah sediakan nama utk seorang anak perempuan..... Wafa'. Kali ini bukan nama salah seorang para sahabah, tetapi sangat berkenankan nama ini kerana seorang saudara seislam dari Palestin yang sangat rapat dengan kami semasa aku menuntut di USA. Wafa' yang kam
i kenal ini sangat cantik, baik, berbudi-bahasa dan juga bijak. Dia mengikuti suaminya yang melanjutkan pelajaran diperingkat Phd ketika itu. Bila ditanya apakah yang akan dilakukanya sebaik suaminya habis belajar, dia berkata akan pulang ke Palestin untuk mempertahankan tanah airnya..sungguh aku respect dan terharu...hampir 20 tahun kemudian..di manakah dia sekarang? Adakah masih mempertahankan tanah airnya atau pun ....sudah syuhada'..??

Dengan membawa maksud Kesetiaan/Ketaatan/Kepercayaan, kami berharap agar anak kami Wafa' akan sentiasa setia dan patuh kepada ajaran Islam yang syumul dan sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Agama Allah sebagaimana Rukun Iman (percaya kpd Allah, percaya kpd Rasul, dan seterusnya)...Amin.

6) Mu'adz

Anak ke-6 hadir dalam hidup kami 2 tahun selepas Wafa'. Sudah tahu jantina anak sejak dalam kandungan lagi, maka nama Mu'adz dipilih sempena nama sahabah Nabi SAW iaitu Mu'adz Bin Jabal. Beliau termasuk di dalam rombongan yang berjumlah sekitar 72 orang Madinah yang datang bersumpah setia (bai'ah) kepada Rasulullah. Semasa aku pergi ke Jordan baru-baru ini, telah melawat makam Mu'adz Bin Jabal di sana (sila lihat entry berkenaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut).

Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Mu'adz senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur'an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur'an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur'an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, "Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Mu'adz bin Jabal." (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah). Selain itu, Muaz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah.

Harapan kami semoga Mu'adz akan mengikuti jejak langkah Mu'adz Bin Jabal dalam menjadi orang yang paling ahli tentang Al-Quran. Amin....

7) Zubair

Sangkaan Mu'adz anak yang terakhir, tetapi rezeki Allah SWT, aku disahkan mengandung lagi. Kali ini abi bekerja di Paka, Terengganu. Tiada sebarang masalah sepanjang masa mengandung, Alhamdulillah. Abi tiba beberapa minit sebelum aku melahirkan anak ke-7 ini. Kali ini aku tidak kisah lelaki atau perempuan, asalkan semua selamat. Namun dari pengalaman lepas, naluriku berat mengatakan lelaki. Akhirnya yang keluar..... Zubair.....

Sempena nama sahabah Nabi SAW iaitu Zubair Bin Awwam dan juga bermaksud yang pintar/kuat serta berani.
Ayahnya Awwam Bin khuwwailid, adalah saudara kandung kepada Khadijah Binti Khuwwailid, iaitu isteri Nabi SAW dan wanita bangsawan Quraisy. Ibunya Shafiyah Binti Abdul Mutalib juga dari bangsawan terhormat iaitu Bani Hasyim. Diasuh sejak dari kecil agar jangan takut kepada musuh/lawan oleh ibunya, Zubair membesar menjadi seorang yang kuat serta berani, terutama dalam mempertahan Rasul dan agama Islam dari dicerobohi oleh musuh2 Islam. Zubair juga adalah satu-satunya sahabah yang selalu mengikuti peperangan Rasulullah SAW tanpa kecuali, dari perang Badar, Uhud, Bani Quraizah, Khaibar, penaklukan kota Mekah hinggalah ke perang Hunain. Beliau menjadi tempat harapan kaum Muslimin kerana kepandaiannya
menunggang kuda, keberaniannya dan selalu maju pantang undur.

Harapan kami agar anak kami Zubair juga akan mempunyai sifat-sifat pintar, kuat serta berani seperti sahabah Zubair Bin Awwam....Amin...

8) Hana'

Selepas Zubair, kami mengatakan itulah anak yang 'bongsu'. Ingat dah tutup 'kedai'..!! tetapi itulah ....KUASA Allah Maha Besar....jika Allah berkehendak...maka jadilah...kun fayakun......Namun mengandung di hujung umur 30an terasa berbeza ketika masih muda. Selera seperti biasa ok...cuma kali ini tak suka makan nasi. Entah kenapa asyik mengidam makanan Italian spt spagetti dan lasagna, dan lain2 asalkan jangan nasi. (Hurm...sekarang tak boleh nak marahkan anak tak suka makan nasi sbb ummi nya masa mengandung tak suka makan nasi...)
Dua kali semasa doktor scan mengatakan lelaki.... so dah sediakan beberapa nama lelaki. Kali ini aku ingin bersalin di Hospital Putrajaya kerana hospital ini baharu siap(ketika itu) dan kelengkapannya dikatakan tip top...ialah di Putrajaya....tempat semua pentadbiran kerajaan Malaysia di letakkan....

Kali ini abi ada di KL semasa hendak melahirkan...dapat menghantar ku ke hospital Putrajaya yg terletak kira-kira 20 minit dari Shah Alam. Memang 100% dah jangka anak lelaki, tetapi bila lahir, doktor tanya, "Puan nak anak lelaki ke perempuan?", aku jawab (masa tu dah letih kan), "tak kisahlah lelaki ke perempuan, asalkan semua selamat dan anak saya sihat," doktor pun cakap, "Tahniah, anak perempuan!" Hish...terkejut jugak
sebab semasa mengandung 2 kali doktor di klinik scan kata lelaki...! Anyway...Alhamdulillah...so...seminggu tak bernama kerana senarai asal semuanya lelaki...akhirnya terpilih lah nama Hana'.

Bukan sempena nama sahabah, tetapi kerana sebutannya yang mudah dan senang serta kedengaran sangat manis dan manja bila dipanggil...apatah lagi melihat maksudnya sangat bertepatan,
Rezeki Tanpa Kepayahan - Anak merupakan rezeki yang dikurniakan Allah kpd ibu-bapa. Segala-galanya dipermudahkan oleh Allah dari mula sehingga akhir....Amin....
***************************
Sekianlah sahaja mengenai 8 orang cahayamata ku.... Kami berusaha membesarkan mereka agar sentiasa mengikuti dan menghayati ajaran Islam dalam hidup mereka sebagai bekalan di dunia dan akhirat. Juga sebagai panduan dan pelindung mereka dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba terutama di zaman yang serba maju dan canggih sekarang, serta juga di zaman yang penuh dengan muslihat dan tipu daya . Agar mereka sentiasa termasuk dalam dolongan orang-orang yang soleh dan solehah dan diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Amin.....

Sunday, May 27, 2007

Jejak Sahabah dan Rasul

Jejak Sahabah dan Rasul

Terdapat beberapa lagi makam para Nabi dan sahabah yang tidak sempat kulawati semasa di Jordan. Rupa-rupanya ada banyak lagi makam Nabi dan sahabah di sana.

Di antaranya:

1) Makam Nabi Harun a.s yg terletak di atas salah sebuah bukit di Petra.

2) Makam Nabi Khidir a.s. - dekat Ajloun

3) Makam Nabi Nuh - dekat Kerak

4) Makam Nabi Yushak -
dekat barat Salt

5) Makam Nabi Ayub - dekat barat daya Salt

6) Nabi Seth - Dekat Tafilah

A half-hour drive northwest from Amman lies Salt, once briefly the capital of Jordan. During the time of Ottoman rule, Salt was the chief administrative centre for the surrounding area. Here, there are picturesque streets and houses renowned for their long-arched windows. In and around Salt are several tombs of prominent figures of Islam and others mentioned in the Holy Quran. Within the modern mosque in Wadi Shu’ayb lies the shrine of the Prophet Jethro(Nabi Syuaib), the father-in-law of the Prophet Moses; while to the west of Salt is another mosque housing a shrine to the Prophet Yusha (Joshua), who was the apprentice of the Prophet Moses and later his successor. Meanwhile, southwest of Salt in an area known as Khirbet Ayyoub, are the archaeological remains of a building believed to be the resting place of the Prophet Job. Also near Tafilah is the shrine of the Prophet Adam’s third son, Prophet Seeth, who was credited with inventing arts and crafts
Info taken from : http://www.miceonline.net/jordan/relegiousTourism.htm

Para sahabah:

1) Sahabah Abu Darda' yg terletak dekat Irbid.

3 sahabat yg gugur syahid dalam peperangan Mu'tah, tempat nya bernama Mu'tah di Jordan iaitu:

2) Zaid Bin Harisah
3) Ja'afar Bin Abi Talib
4) Abdullah Bin Rawahah

(The most significant and fiercest battle fought during Prophet Muhammad’s time was the Battle of Mutah, which took the lives of his closest companions. It is possible to visit the tombs of the Prophet’s companions in Kerak, namely Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abi Talib, and Abdullah bin Ruwahah. In and around Kerak are other shrines of significance to Islam, including the shrine to the Prophet Nuh (Noah), and the shrine of Zaid bin Ali bin Al-Hussein – the great-great grandson of the Prophet Muhammad and a religious leader celebrated for his righteous and knowledgeable manner.)

5) Amir Bin Abi Waqqas

In the north of the Jordan Valley is the tomb of the venerable companion Amir bin Abi Waqqas, the maternal cousin of the Prophet Muhammad, and the 11th man to convert to Islam. He fought in the battle of Uhud and was later entrusted with carrying messages from the commanders of the Muslim army to the Caliph in Medina.

6) Ka’b bin Umayr Al-Ghifari

In the southern part of Jordan, near Ras Al-Naqab, lies Humayma – the base of the Abbasid Dynasty from where they planned their seizure of the Islamic Caliphate from the Umayyads. The Prophet Muhammad sent his venerable companion Ka’b bin Umayr Al-Ghifari to the Abbasid tribe to ask them to embrace Islam. Instead, they murdered him and his co-travellers and now his shrine is located in
Salmani, in Tafila province.

7) Al-Harith bin Umayr Al-Azdi

8) Farwah bin Amr Al-Judhami

Such martyrdom is also recognised over in Tafilah, where the Prophet Muhammad sent his messenger Al-Harith bin Umayr Al-Azdi to carry a message to the ruler of Busra in Syria, asking him to embrace Islam. When Al-Harith arrived in Tafilah, he was captured and beheaded – an act, which led to the Muslim military campaign and famous battle of Mutah. His tomb can be visited in a modern building, 20 kilometres south of Tafilah. Also near Tafilah is the shrine of the Prophet Adam’s third son, Prophet Seeth, who was credited with inventing arts and crafts. The shrine of Farwah bin Amr Al-Judhami is also in Tafilah near Afra water springs. Farwah Al-Judhami was the Roman-Byzantine governor of Ma’an district until the Byzantines crucified him for converting to Islam.


Mungkin ada sesiapa lagi dari Jordan yang tahu mengenai makam2 para Nabi dan sahabah yang tidak kuketahui.

InsyaAllah jika umur panjang dan dimurahkan rezeki, aku ingin berkunjung lagi ke Jordan dan melawat makam2 Nabi dan sahabah yang belum sempat kulawati sebelum ini. Ameen.

Desert Castles

Selain drpd makam Nabi dan para sahabah, terdapat juga beberapa buah istana padang pasir peninggalan semasa pemerintahan Islam Umayyad yang dibina sekitar tahun 661 - 750 AD.

Ianya terletak di sebelah timur Amman. Di sekitar kawasan padang pasir hitam basalt yg di beri nama Azraq. Sebenarnya terdapat beberapa istana padang pasir, tetapi yang paling kerap dilawati dan masih elok kekal binaan asal ialah Qasr Azraq, Qasr Kharana dan Qasr Amra'.
(Qasr bermaksud istana dalam bahasa Arab).

Qasr Amra telah dinobatkan sbg salah sebuah daripada 3 buah kawasan di bawah UNESCO World Heritage Sites di Jordan(2 lagi ialah Petra dan kawasan arkaeologi Um Er- Rasas). Ini adalah kerana istana ini masih mengekalkan bentuknya yang asli dan unik.

Qasr Amra'

(http://www.goworldtravel.com/ex/aspx/

articleGuid.586e7eae-844b-4df6-a466-
3c7ca42cc581/xe/print.htm

Tuesday, May 22, 2007

30th March 2007 - Saat -saatTerakhir di bumi Jordan

30th March 2007 - Saat -saat Terakhir di bumi Jordan

Selepas melawat makam Bilal Bin Rabah, kami pun terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, di Amman. Kami sampai lebih kurang pukul 3:00 ptg. Cukup masa untuk ku check-in sebelum penerbangan ku pd pukul 4:30ptg.







Namun begitu sebaik sahaja aku meletakkan beg di atas troli, Hisham bertanya kepada salah seorang pekerja yang mengumpulkan troli2 di lapangan terbang tersebut mengenai penerbangan ku, iaitu Qatar Airways.




Oh...flight ku telah di tunda 1 jam lewat! bermakna ianya akan berlepas pada pukul 5:30ptg.. kalau ku tahu memang kami akan tunggu semasa di mesjid Nabi Syu'aib, sehingga selepas habis solat Jumaat. Supaya kami dapat masuk dan melihat makam Nabi Syu'aib dengan lebih dekat lagi...

Tapi itu kita manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.





Queen Alia International Airport, Amman, Jordan







Namun begitu, aku mengambil kesempatan itu untuk meluangkan masa bersama-sama Asma'.

Kami menunaikan solat jamak Zuhur dan 'Asar di bilik sembahyang yang disediakan di lapangan terbang tersebut.

Duduk menunggu waktu untuk check-in. Di airport ini berlainan dgn KLIA, jika kita sudah check-in barang2 maka kita tidak boleh lagi keluar menemui sesiapa yang menghantar kita. Check-in dan terus menunggu di gate untuk boarding.

Dan akhirnya....bye..bye Asma'... InsyaAllah panjang umur dan diizinkan Allah kita akan berjumpa lagi.. Asma' paling tabah aku perhatikan, dia tidak menangis, mungkin menahan dalam hati, sedangkan aku yang menangis... kerana sedih akan meninggalkan anakku di sini. Namun aku kuatkan semangat.

Kembara Asma' bukan sebarang kembara, tapi kembara menimba ilmu.... seperti lagu nasyid ini... 

Kembara Ilmu

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul VII

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul VII

Akhirnya selesailah perjalanan ku menjejak sahabah dan rasul di bumi para anbiya ini. Kami pun menaiki teksi dan Hisham meneruskan pemanduan dengan berhati-hati kerana jalan yg kecil dan berliku-liku turun-naik bukit....Namun mata dihidangkan pemandangan yang cantik di kiri kanan jalan. Pohon-pohon Zaitun tumbuh segar di sepanjang perjalanan, disulami dengan bunga-bunga kecil berwarna kuning, putih dan merah tumbuh meliar di celah-celah rumput dan batu, cuaca yang terang, awan yang memutih dilangit biru...hurm.... the smell of spring is everywhere...soo refreshing...

Sedang Hisham memandu laju, tiba-tiba kelihatan satu papan tanda di tepi jalan..Opppppss... "Hisham, can you please reverse back please...," I asked. Alhamdulillah he didn't mind. So, he stopped the cab and reversed a few meters back.

This is what we saw, "Shrine of the Venerable Companion Bilal Bin Rabah The Prophet's Own Muazzin (caller for prayer)"

We felt so excited, Hisham also didn't know that there is a shrine for Bilal Bin Rabah here in Jordan! So, he said, "ok, let's go and visit this shrine". Even though I myself felt so afraid that I couldn't make it to the airport in time, but lastly I said, "Ok..just spend 5 to 10 minutes only here..".





So, off we go up the hill but still couldn't locate the place. We stopped at the road side , then there was a car passing by. Hisham waved at the driver and he stopped. After Hisham spoke to him (in Arabic and I guessed he must be asking for the direction to the shrine). Then the driver asked Hisham to follow him, he will show the way.






Lastly on top of the hill we saw a few houses and at the end of the road there is a mosque. We thought this must be it. After saying "Syukran" to the driver who led the way just n
ow, we entered the mosque's courtyard.









Then there was an old man (I bet he must be the guardian of the mosque and shrine) approaching us. He led us to another building (looked like a monument) outside the mosque and opened the key. Then only we realized that the shrine of Bilal Bin Rabah is in there.



We went inside and then say our prayers for the sahabah. Rasa sungguh terharu dapat berada di situ.


Bilal Ibn Rabah, the first Muazzin of Islam
, was one of the most trusted and loyal companion of Holy Prophet Muhammad (S.A.W.).He was a true model of the morals and customs of Islam. He cherished unbounded love for the Holy Prophet (S.A.W.) and was deeply devoted to Islam.

As in Mecca, so in Medina, Bilal could not endure separation from the Holy Prophet (S.A.W.).He always accompanied the Holy Prophet (S.A.W.) in all the Holy wars that look place during the Holy Prophet lifetime. He also remained with the Prophet (S.A.W.) in the course of all journeys he undertook. It was for this reason that he was appointed the first Muslim of the Holy Prophet (S.A.W.).

Bilal (R.A.A.) continued to the post of Muazzin of the Prophets Masjid till the Holy Prophet (S.A.W.) left this world for his heavenly abode He was preferred over all the Mauzzins during the Prophets lifetime, the cause of this preference being his precedence in embracing Islam, his rich and melodious voice and his excellent utterance. When he recited the call of prayer and wished to inform the Prophet (S.A.W.) that the time for leading prayer had come, he would stand by the door of the Prophets room and would shout "Hasten to the prayer, Hasten to well-being. O Messenger of Allah, prayer." Hearing his these words the Prophet would come for leading the prayers. Bilal (R.A.A.) would say Iqama before the prayers commenced. While going to Salat-el-Eid or Salat-Istisqa (prayer for rain), Bilal used to walk ahead of the Prophet(S.A.W.) holding a spear and would pitch it on the ground one or two yards away from the place where the Prophet (S.A.W.) wished to lead the congregation of the prayer. The spear was one of those three, sent by the King of Abyssinia in homage to the Prophet(S.A.W.), The Prophet (S.A.W.), gifted one of the three spears to Umar (R.A.A.) and kept the third one with himself, Thus Bilal had the honor of keeping the Prophets spear throughout his lifetime.

21 May 2007 Kenaikan Gaji Terbaik Kakitangan Awam

21 May 2007 Kenaikan Gaji Terbaik Kakitangan Awam... Adakah kualiti kerja turut meningkat???

Sejak semalam rata-rata perbualan yang paling kerap didengar di kalangan kakitangan awam di Malaysia ialah mengenai kenaikan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena sambutan Hari Pekerja Kakitangan Awam.

Datang saja ke pejabat rakan sudah bertanya, "You dah tau ke berkenaan kenaikan gaji?"... I jawab ," Tau lah dia orang nak umumkan hari ni, tapi tak tau lah pulak utk kita pensyarah ni berapa peratus naik"...

Mengikut berita dalam suratkhabar, kenaikan ini adalah yang terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam apabila kerajaan memberi kenaikan gaji antara 7.5% hingga 35% kpd pekerjanya berkuat-kuasa 1 Julai ini.

yang paling beruntung ialah anggota PDRM dan ATM... kerana kerajaan memberi kenaikan tambahan sebanyak 20% di atas peratusan kenaikan gaji kakitangan awam.

Rujuk
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

untuk berita selanjutnya.


Selain pemberian kenaikan gaji pokok, kerajaan turut mengumumkan kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar besar (termasuk lah Shah Alam !!)

Namum begitu apa yg hendak saya sentuh di sini ialah implikasi kenaikan gaji itu sendiri.

1) Adakah produktiviti pekerja turut meningkat? Ini yang paling penting ! Apabila majikan naikkan gaji, mesti ada expectation mutu dan kualiti kerja juga mesti meningkat.... terutama jabatan-jabatan yang memberi servis kpd kakitangan awam spt JPJ, JPN, Imigresen, Pejabat Pos, dll....

2) Kenaikan harga barangan runcit di pasaran? ... minggu lepas dah umumkan harga tepung dah naik...bila harga tepung naik...org jual kuih pun naikkan harga... makanan yg berasaskan tepung juga naik... roti canai kat kedai mamak pun naik harga...dsbnya...

3) Kenaikan harga kos servis prasarana turut meningkat? .. tambang bas sekolah, pengangkutan awam... dll...

.....

Akhirnya selepas tolak, campur, bahagi dan darab, naik gaji tu sama juga seperti dulu... (mungkin ada lah baki lebih sikit utk simpanan..)..... yang penting di sini bgmn bijaknya kita menguruskan kewangan kita...tak kira gaji kecik ke, gaji besar ke.....pepatah orang tua-tua
"BESAR PERIUK BESAR LAH KERAKNYA" mungkin ada betulnya.

Masa gaji kecik, pandai kita berjimat cermat, tapi bila gaji dah besar, rasa kuasa membeli kita pun dah naik, so, dah pandai nak makan lebih sedap, nak pakai baju dan kasut branded, pergi belanja pun dah pandai pilih kedai, kalau dulu di pasar malam, sekarang di pasaraya besar...

WALLAHUALAM... tepuk dada tanya hati...

Monday, May 21, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul VI

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul VI

Makam Nabi Syu'aib A.S.

Dari Tugu Peringatan Al-Karamah kami meneruskan perjalanan menuju ke Wadi Syu'aib di mana terletaknya makam Nabi Syu'aib a.s. Di sepanjang perjalanan bentuk muka-bumi sudah berubah dari Lembah Jordan yang rata sayup mata memandang dipenuhi ladang sayur-sayuran dan buah-buahan, kini di kiri kanan jalan berbukit-bukau dan jalan nya juga seperti "ular kena palu" menyusur di celah-celah lereng-lereng bukit. Rasa berdebar juga dihati, tetapi memandangkan Hisham memandu dengan berhemah dan berhati-hati, perlahan-lahan rasa gusar di hati hilang.

Mesjid Nabi Syu'aib a.s. kelihatan dari jauh tersergam di atas bukit



Di sepanjang perjalanan juga kelihatan orang-orang Arab ini bersama keluarga masing-masing kelihatan sungguh riang berkelah tidak kira di mana sahaja: di bawah pokok tepi jalan (menghadap ladang sayur), di lereng bukit, di tepi parit, di tepi highway (ini dlm perjalanan nak sampai airport)... boleh dikatakan di mana sahaja tempat yg boleh dijadikan tempat berkelah dan BBQ...

Nabi Syu'aib diutuskan kpd kaum Madyan yang terkenal dgn sifat suka mengurangkan timbangan.

Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) . Ayat 085.
"Dan kepada penduduk Madyan (Kami utus) saudaranya Syuaib, dia mengatakan: Hai kaumku! Hendaklah kamu menyembah Allah. Kamu tidak mempunyai Tuhan selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang bukti yang terang kepada kamu dari Tuhanmu, sebab itu, cukupkanlah sukatan dan timbangan, dan jangan kamu kurangkan hak-hak manusia itu. Janganlah kamu membuat bencana di muka bumi sesudah ada perbaikan. Itulah yang baik untuk kamu, kalau kamu orang yang beriman."

Surah Hud (Nabi Hud as) . Ayat 084.
Dan kepada Madyan (Kami utus) saudara mereka Syuaib. Dia mengatakan: Hai kaumku! Sembahlah Allah! Kamu tiada mempunyai Tuhan selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam kekayaan, tetapi aku cemas, kalau kamu akan ditimpa seksaan di hari pengepungan.


Sampai di kawasan Mesjid Nabi Syu'aib kelihatan sudah banyak kereta memenuhi segenap ruang parking dan kawasan sekitarnya. Baharu kami ingat, hari ini hari Jumaat, sewaktu kami sampai sudah tengahari dan Imam mesjid sedang membaca khutbah Jumaat. Oleh itu kami tidak dapat masuk ke dalam bilik yang menempatkan makam Nabi Syu'aib kerana ditutup. Namun begitu kami dapat melihat makam tersebut dari luar cermin.

Kaum Madyan tidak menghiraukan peringatan drpd Nabi Syu'aib a.s. malah mereka terus mempersendakan Nabi Syu'aib seperti dalam Surah As-Syuara' :
"Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

Dengan kesombongan kaum Madyan ini, maka Allah turunkan bala ke atas mereka.

Surah Hud (Nabi Hud as) . Ayat 095.
Seolah-olah mereka belum pernah tinggal di situ. Ingatlah, binasalah Madyan, sebagaimana Tsamud telah binasa.

Marilah kita semua mengambil pengajaran dari seerah para sahabah dan Rasul ini. Ingatlah walau apapun yang kita lakukan, semuanya akan berbalik dan merujuk Tuhan Empunya alam ini, Allah SWT.

Hisham mencadangkan agar kami tunggu sehingga habis khutbah dan solat Jumaat agar kami boleh masuk ke dalam bilik yang menempatkan makam Nabi Syu'aib, tapi memandangkan kami memerlukan 1 hingga 1 1/2 jam lagi perjalanan dari situ ke airport di Amman dan jam pd waktu itu menunjukkan sudah pukul 1 tghr , maka kami memutuskan tidak dpt tunggu lama. Estimate masa pukul 3 mesti sampai airport kerana penerbangan ku ialah pada pukul 4:30 ptg.. Tak mahu sampai lewat nanti bimbang apa-apa yang terjadi...

Kami pun meneruskan perjalanan ke terus ke Queen Alia International Airport di Amman...
... hati mula terasa sgt sayu kerana masa ku bersama Asma' semakin singkat...sebentar lagi akan meninggalkannya di bumi para anbiya' ini...
..

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul V

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul V

Makam sahabah Dirar Bin Al-Azwar r.a.

Selepas mengunjungi makam sahabah Abu Ubaydah Aamir Al-Jarrah, kami meneruskan perjalanan menyusuri Lembah Jordan menuju ke makam seorang lagi sahabah iaitu Dirar Bin Al-Azwar yang terletak di Ghor.








Beliau dilahirkan pada tahun633M.
Tidak banyak yang saya dapat mengenai seerah sahabah ini, cuma yang boleh saya katakan beliau adalah salah seorang di antara para sahabah yang sama-sama berjuang untuk menawan Al-Sham dari tentera Rom.


Dhirar Al-Azwar juga pernah menyertai peperangan menentang gerakan riddah atau golongan yang keluar daripada agama Islam pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar.



Di makam ini juga tiada kain yang menutupi makamnya. Penjaga mesjid dan makam ini memaklumkan bahawa sahabah Dirar Bin Al-Azwar juga wafat disebabkan wabak taun yang
melanda Al-Syam pada waktu itu.


Tidak lama kami di sini. kami meneruskan lagi perjalanan hendak menuju ke makam Nabi Syu'aib a.s.





Dalam perjalanan kami singgah di Tugu Peringatan Peperangan Al-Karamah pada tahun 1968 oleh tentera Jordan yang diketuai oleh Allayarham Yasser Arafat, presiden PLO pada waktu itu bersama-sama dgn orang-orang Palestin yang menganggotai Fatah menentang tentera Israel. Tentera Jordan telah memenangi peperangan tersebut.





Dengan kemenangan tersebut, tentera Jordan telah dapat menyelamatkan bahagian barat Jordan dari ditakluki oleh tentera Israel laknatullah...

ketika kami berada di situ, terdapat ramainya orang-orang Arab yang sama-sama datang melawat dengan keluarga masing-masing. kebetulan pula hari ini ialah hari Jumaat, iaitu hari cuti hujung minggu, maka ramai lah yg keluar berkelah bersama keluarga masing-masing.


Saturday, May 19, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul IV

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul IV

Makam Abu Ubaydah Amir Ibn Al-Jarrah - Gabenor Ulung Islam

Dari makam Shurhabil Bin Husna, kami meneruskan perjalanan ke makam Abu Ubaydah Amirr Al-Jarrah. Sebenarnya Hisham (si pemandu teksi) telah memberi pilihan samada hendak melawat makam seorang lagi sahabah iaitu Amir Bin Abi Waqqas, ttp jika kami melawat makam tersebut, kami tidak dpt pergi ke makam Nabi Syu'aib, kerana jalan nya menyimpang dari jalan ke makam Nabi Syu'aib.

Oleh itu kami memilih untuk terus ke arah makam Nabi Syu'aib. Dalam perjalanan kami singgah di beberapa makam sahabah.




Nama sebenar beliau ialah Aamir Ibn Abdullah Ibn Al-Jarrah. Namun begitu beliau lebih dikenali sbg Abu Ubaydah. Abu Ubaydah Bin Al Jarrah merupakan diantara tokoh-tokoh Islam yang terkenal di zaman Rasulullah s.a.w. Ketokohan beliau sebagai sahabat besar Rasulullah tidak dapat dinafikan lagi.

Ini dibuktikan dengan sepotong hadis daripada Rasulullah yang membawa maksud
:"Jika Aku bercita-cita, maka aku mengharapkan adanya setiap rumah di diami oleh orang-orang yang seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah"

Selain daripada itu, Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata iaitu : "Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini." Ini membuktikan betapa tingginya penghormatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat terhadap Abu Ubaidah Bin al- Jarrah.



Beliau bukan sahaja tergolong dikalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang utama bahkan juga seorang pahlawan yang gigih yang memiliki ciri-ciri akhlak yang mulia lagi terpuji. Abu Ubaidah adalah seorang sahabat besar yang terkenal kerana sifatnya yang kuat beribadat, zuhud serta merendah diri. Selain daripada itu satu lagi keistimewaan yang ada pada beliau ialah diantara sahabat yang paling awal menerima dan memeluk Islam. Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam.

Beliau adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang pertama sekali diberi gelaran Amirul Umara yang beerti 'Perdana Menteri' disebabkan oleh perwatakan badannya yang kurus tinggi dan juga berjanggut. Sebagai sahabat besar Rasulullah yang terkenal, Abu Ubaidah telah mengikuti hijrah ke Habsyah pada hijrah yang kedua kalinya. Selain itu dalam menegakkan kesucian agama Islam, Abu Ubaidah adalah diantara pahlawan Islam yang gigih lagi berani.Beliau jarang sekali ketinggalan dalam perang-perang besar yang di hadapi oleh umat Islam. Diantara peperangan yang di sertainya termasuklah peperangan Badar dan juga peperangan Uhud.

Rasulullah s.a.w juga pernah menyerahkan tugas sebagai panglima perang kepada Abu Ubaidah untuk memimpin seramai 310 orang pejuang Islam menuju ke daerah yang jauh. Beliau menyempurnakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab serta kesabaran.Bukti tanggungjawab serta kesabaran yang dipamerkan ialah, Abu Ubaidah memberikan bekalan makanan setiap hari kepada anak buahnya hanyalah berupa segenggam kurma dan pada hari berikutnya ketika bekalan kurma itu telah kehabisan,maka digantikanlah bekalan yang telah habis itu dengan perahan air daun-daunan. Walaupun demikian, anak-anak buahnya tidak pernah merungut kelaparan. Berkat pimpinannya yang terlalu sabar dalam menghadapi penderitaan hidup inilah menyebabkan beliau diantara panglima pilihan Rasulullah s.a.w .


Selain dari ketokohannya sebagai pahlawan yang gagah berani, Abu Ubaidah juga turut terkenal kerana ketokohannya sebagai guru agama. Bukti yang paling jelas ialah pada suatu hari telah datang kepada Baginda Rasul dua orang utusan dari Najran memohon agar dikirimkan seorang guru agama ke negeri Yaman bagi maksud mengajarkan agama Islam. Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu sedikit pun lalu memilih Abu Ubaidah sebagai orang yang akan ditugaskan untuk mengajar agama kepada penduduk-penduduk Yaman.







Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w Abu Ubaidah telah meneruskan ketaatannya kepada Khalifah Abu Bakar Al Siddiq dan sesudah Saiyidina Abu Bakar r.a wafat, beliau meneruskan taat setianya kepada Khalifah Umar Al Khattab r.a. Abu Ubaidah Bin Jarrah juga turut tersenarai sebagai salah seorang dari dua orang calon khalifah yang dikemukakan oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk menggantikan Rasulullah s.a.w sebagai khalifah pertama umat Islam. Seorang lagi tokoh yang dicadangkan oleh Abu Bakar r.a itu ialah Saiyidina Umar Al Khattab. Tetapi oleh kerana kedua-dua tokoh itu memandang Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq itu lebih utama dari mereka maka jawatan khalifah itu akhirnya jatuh ke pihak Saiyidina Abu Bakar r.a.


Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, tentera Islam sedang hebat bertempur dengan tentera Romawi di negeri Syam. Ketika itu pucuk pimpinan angkatan Islam adalah dibawah panglima Khalid Bin Walid. Disaat-saat perang sedang berkecamuk itu Saiyidina Umar Al Khattab telah mengutus surat kepada Abu Ubaidah sebagai menyatakan perlantikannya sebagai panglima tertinggi bagi menggantikan kedudukan Khalid Bin Walid ,
surat itu telah dirahsiakannya buat sementara wak
tu agar perkara itu tidak mendatangkan keributan dikalangan pihak Islam.

Bagaimanapun setelah perang selesai dan kemenangan dicapai oleh pihak Islam maka barulah surat itu disampaikan kepada Khali
d lalu kemudian bertanya,"Apakah yang menyebabkan saudara tidak memberitahu saya akan isi surat itu pada waktu sampainya?,"

Abu Ubaidah lalu menjawab, "Saya tidak suka kalau kita kalah dalam peperangan ini sedang bagi diri saya sendiri sama sekali tidak ada kepentingan untuk memperoleh harta dan tidak pula kerana inginkan keduniaan, sedangkan kita sekalian adalah bersaudara kerana Allah."

Disebabkan sifatnya yang mulia itulah maka Khalifah Umar Al Khattab melantik Abu Ubaidah Al- Jarrah untuk menjadi panglima tertinggi di Syam dan juga sebagai amir atau pemerintahnya.

Sesungguhnya kecintaan Saiyidina Umar Al Khattab terhadap Abu Ubaidah amatlah besar sekali. Bahkan baginda memang berhasrat untuk mencalonkan Abu Ubaidah menjadi Khalifah selepas baginda kelak.

Satu lagi peristiwa besar yang tidak dapat dilupakan dalam lipatan sejarah ialah sewaktu berlakunya wabak besar (taun) di negeri Syam, Khalifah Umar r.a mengharapkan Abu Ubaidah agar keluar dari negeri itu untuk menghindari beliau dari dijangkiti wabak dan maut.
Akan tetapi Saiyidina Umar r.a tahu bahawa Abu Ubaidah yang tinggi akhlak itu tidak akan berpisah
dengan tenteranya, dan lebih suka berada disamping tenteranya, sekalipun tewas bersama-sama mereka atau diselamatkan oleh Allah s.w.t. Kerana itu ketika Saiyidina Umar Al Khattab r.a menulis surat kepada Abu Ubaidah, beliau tidak menyebut tentang maksud yang terkandung dalam hati baginda terhadap diri Abu Ubaidah itu, hanya dibayangkan sahaja begini:


"Amma ba'du. Sesungguhnya ada hajatku kepadamu yang hendak ku terangkan berhadap-hadapan. Sebab itu inginlah aku apabila suratku ini telah sampai kepadamu, agar kamu segera menemuiku."

Abu Ubaidah rupanya telah mengerti apa yang dimaksudkan oleh Khalifah, tetapi dalam pada itu beliau amat berat hendak meninggalkan tenteranya yang sedang berada dalam bahaya, sedang dia melarikan diri.

Sebab itu surat Saiyidina Umar r.a dibalasnya begini, "Aku telah memahami hajat tuan kepadaku. Akan tetapi aku sedang berada disamping tentera Islam yang amat kucintai. Oleh itu aku tidak ingin bercerai dengan mereka. Biarlah Allah sendiri melaksanakan apa yang telah ditakdirkan-Nya buat kami semua. Kerana itu lepaskanlah aku dari keinginanmu ya Amirul Mukminin dan biarkanlah aku bersama tenteraku."

Surat itu dibaca oleh Khalifah Umar Al Khattab r.a lalu bercucuranlah air matanya. Orang yang berada disampingnya bertanya, "Tewaskah Abu Ubaidah?" lalu dijawab oleh baginda, "Tidak, tetapi seakan-akan sudah."

Tidak lama selepas itu Abu Ubaidah pun wafat ditengah-tengah wabak taun yang mengganas itu. Akhirnya wafatlah pahlawan agung yang telah berhasil menghancurkan penyembah-penyembah berhala di Farsi dan menewaskan Kerajaan Romawi di Syam.

Dipetik daripada: http://www.islamhadhari.net/v4/tokohislam/detail.php?nkid=17

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul III

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul III

Makam sahabah Shurhabil Bin Husnah r.a.

Nama sebenar beliau ialah Shurhabil Bin Abdullah Bin Al-Mataq. Nama ayahanda beliau ialah Abdullah ,manakala bonda beliau bernama Husna atau Hasanah.

Shurhabil Bin Husnah r.a. ialah salah seorang sahabah Nabi s.a.w. yang awal memeluk Islam di Mekah.




Beliau juga merupakah antara para sahabah yang menulis wahyu bagi Nabi s.a.w.


Beliau juga merupakan seorang komandan perang bersama-sama menyertai peperangan Yarmouk di bawah pimpinan Khalid Bin Al-Walid, memerangi tentera Rom yang menguasai Bilad As-Syam.

Bilad As-Syam - pada suatu masa dahulu Palestin merangkumi kawasan Syria (Suriah) , Lebanon dan Jordan dan dikenali sebagai Bilad As-Syam.





Beliau bersama-sama dengan para sahabah yang lain sejak zaman Nabi saw hingga Saidina Omar r.a. dalam pembukaan Urdun, Syam dan Al-Quds.






Di hadpan mesjid yang menempatkan makam sahabah Sharhabil Bin Husnah.

Pada zaman Khalifah Abu bakar ramai orang-orang Islam yang lemah Imannya telah murtad. lalu beliau bersama-sama memerangi orang-orang Islam murtad.








Dalam kawasan mesjid, menuju kepada bilik yang menempatkan makam sahabah Sharhabil Bin Husnah






Pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab, beliau telah dilantik menjadi gabenur Negeri Syam.

Beliau wafat pada umur 67 tahun akibat penyakit taun (sama seperti Mu'adz Bin Jabal).
Marilah kita sama-sama berdoa utk para sahabah yg telah menegakkan agama Allah.

Thursday, May 17, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul II

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul II

Hari terakhir ku di Jordan!

Flight pada pukul 4 ptg berlepas dari Queen Alia International Airport di Amman, Jordan.
Luggage telah selamat dikemas, Alhamdulillah akhirnya dpt juga memasukkan hampir semua barang2 yg dibeli untuk dibawa balik ke Malaysia. Saya katakan "hampir" kerana ada juga sedikit barang2 yang tidak dapat dibawa balik kerana tak muat beg dan juga kerana rasa dah berat sangat...contohnya: 4 pasang baju kurung ku terpaksa ditinggalkan, (bagi Asma' saja pakai), 2-3 helai blaus (pun bagi Asma' saja...kalau dia muat lah...) dan souvenirs yg kubeli untuk diri ku sendiri...(ini tak pa lah...nnt suruh Asma' bawa balik bulan Ogos apabila dia balik cuti nanti...InsyaAllah...)

Hati berasa sayu kerana selepas 2 minggu berada di Jordan, bersama-sama Asma', hari ini adalah hari terakhirku bersamanya di sini....Asma' juga kelihatan sedih, tapi tabah menghadapi saat-saat ini.


Tepat pukul 9pg teksi yang dipandu oleh Hisham (saudara Dr Eyas dan yang membawa ku menjejak sahabah antaranya Mu'adz bin Jabal) pun tiba di hadapan apartment Asma'. Aku sebenarnya ingin melawat Makam Nabi Syu'aib sebelum bertolak balik. Oleh itu, Hisham pun bersetuju akan membawaku melawat beberapa makam para sahabah dan Nabi Syu'aib sebelum menghantarku ke airport.

Kami bertiga (Asma', Nad rakan serumah Asma' dan aku) ..pun menaiki teksi....
... Selamat tinggal Irbid....


Kami menuju ke Amman melalui jalan kampung di sebelah barat Jordan melalui North Shuna dan Jordan Valley. Kawasan Jordan Valley meliputi kawasan di baratlaut Jordan, bersempadan dgn Syria di utara dan Israel di barat.


Ianya adalah sebuah kawasan yang sangat subur dipenuhi dgn ladang2 sayur-sayuran dan buah-buahan yang sayup mata memandang sepanjang-panjang perjalanan. Di antaranya ialah kurma, lemon, anggur, pisang dan pir. Lembah Jordan bukan sahaja subur di Jordan, tetapi suatu masa dahulu disebut sbg sebuah kawasan yg subur di Timur Tengah.

Jalan ini menyusur disepanjang sempadan Jordan dgn Israel. Kelihatan juga Golan Heights yang ditakluki Israel pada tahun 1967 daripada Syria.






Jalan ini akan melalui makam sahabat Mu'adz Bin Jabal, oleh itu Hisham kata akan singgah di makam tersebut. Walaupun aku baru sahaja pergi ke sana beberapa hari lepas, tetapi Asma' dan Nad belum pernah berkunjung ke sana. Kebetulan sudah lalu di sini, maka Hisham akan singgah juga untuk memberi peluang kpd Asma' dan Nad melawatnya. Tambahan pula apabila Asma' mendengar cerita ku bahawa makam Mu'adz Bin Jabal sangat harum baunya. Ialah...beliau adalah antara 10 orang sahabat yang telah dijanjikan syurga.


Kami tiba di perkarangan mesjid Mu'adz Bin Jabal dalam pukul 10 pagi, tetapi makam tersebut belum dibuka kerana hari ini ialah hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan hari cuti di Jordan. Oleh itu, kami tidak dapat tunggu lama, bukan rezeki Asma' dan Nad. InsyaAllah lain kali mereka boleh berkunjung ke sana bersama kawan-kawan yang lain (InsyaAllah 4 tahun lagi di Jordan).

Kami meneruskan perjalanan menuju ke makam sahabah Syurhabil Bin Husna (dlm entry berikutnya).

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....