Monday, November 19, 2007

Tahniah!

Sebenarnya hendak post entry ni minggu lepas lagi, tapi teramat lah sibuk. Hari ini baru berkesempatan.
KHAMIS 15 Nov 2007, pagi2 lagi sudah riuh rumah ku dengan anak-anak yang hendak ke sekolah. Maklum lah tinggal 2 hari lagi sebelum sesi persekolahan pada tahun 2007 ini akan berakhir...
Selepas Wafa', Mu'adz dan Zubair selamat menaiki bas sekolah, aku pun pun mula bersiap2 hendak ke tempat kerja. Kejutkan Hana' untuk pergi ke tadika, tapi tak mahu bangun...
"Hana tak nak pergi sekolah lah hari ni.." hurm...kecik2 pun pandai nak ponteng sekolah...

Di tempat kerja sibuk minggu ini dengan presentation projek pelajar2 tahun akhir Sarjanamuda (Sains Komputer) dan pelajar Sarjana.
Pukul 11 pagi, sedang mendengar presentation seorang pelajar Sarjana, tiba2 hp ku berbunyi.
Terus aku capai dan menjawab panggilan tersebut.

"Ummi..!!! ", terdengar suara Wafa', anak ke-5 di hujung sana.

"Ya..., Wafa'..??" aku bersuara.

"Wafa' dapat 5A...!!!!" terdengar suara anak ku seperti menjerit kegembiraan, sungguh teruja dia.

"ALHAMDULILLAH.....Syukur kpd Allah... Tahniah Wafa' " kata ku

"OK ummi...tak boleh cakap lama, ni pinjam hp kawan..."

"OK...Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam..."

Laaa....rupanya hari ini(Khamis 15 Nov) result UPSR diumumkan...sebenarnya semalam aku ingat selepas membaca dalam suratkhabar bhw keputusan UPSR akan diumumkan pd hari ini...tapi pagi ini sibuk2 terlupa pulak....
Tahniah...untuk anak ku... Wafa' , semoga keputusan yang cemerlang ini akan memberinya semangat untuk terus belajar dgn bersungguh-sungguh lagi di peringkat yang lebih tinggi.

8 comments:

  1. TAHNIAH diucapkan khusus buat anakanda Wafa. Ayahanda tumpang gembira.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Wafa. Selamat berangkat menunaikan Haji. Mudahan mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik sepanjang di sana. Doakan kami mudahan dapat ke sana jua.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Wafa' dan juga mak nya:)

    ReplyDelete
  4. tahniah wafa'..semuga berjaya lagi di masa hadapan...insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Wafa dan Kak Azzah...Selamat berangkat ke Tanah Suci dan doakan saya supaya dapat juga ke sana nanti.

    ReplyDelete
  6. Congrats Wafa & the mum.. azzah.. wafa tu sebaya la dgn anak i no 3, & also got 5a :-).. & the abah punye poket bocor le by few hundreds.. me.. sengeh aje :D

    -wani-

    ReplyDelete
  7. abang long, zlaa, kak elle, maklang, nur dan wani,

    terimakasih Wafa' ucapkan kpd semua.

    Wani,
    Wafa' pun sengih lebar je sbb byk dpt $$$ juga.. I ada ambil insuran pendidikan (Takaful Sarjana), ada sumbangan pendidikan kalau dapat 5A dapat RM500 !! Lepas tu I juga masuk Kooperasi Kakitangan UiTM, dapat RM100, Kooperasi Muslimin= RM50 ...
    lepas tu dia jugak mintak ummi dan abi hadiah (duit leee...apalagi) ...
    wah...nampaknya Wafa' dapat durian runtuh ...Alhamdulillah .... rezeki

    ReplyDelete
  8. salam,

    tahniah utk wafa yang cantik dan cerdik!!! moga terus berjaya di masa hadapan :D

    sejuk perut akak mengandungkannya kan..dan tahniah utk akak dan suami kerana berjaya mendidik anak2 cemerlang dlm pelajaran. moga kejayaan wafa jadi motivasi pada adik2nya juga :D

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....