Saturday, October 27, 2007

Suasana Kampung

Kami balik ke kampung pada hari Khamis 11 Oktober 2007. Dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Suasana kampung yang tenang dan nyaman, rumah atuk yang dikelilingi pohon2 buah-buahan (manggis dan mempelam, pokok durian dan kelapa dah kena tebang) ...membuatkan anak2 ku sangat senang bermain di kawasan yang lapang, berbanding di rumahku di bandaraya Shah Alam.
Sehari sebelum hari raya, masing2 sibuk membantu atuk membersihkan kawasan sekeliling. Anas ditugaskan oleh atuk memberus lantai anjung di tepi rumah, Ammar, Wafa' dan Mu'adz menolong Wan dan Ayah Cik menyapu rumput dan daun kering utk dibakar.

Anas dan Ammar menunjukkan kepakaran masing2

Yang paling seronok ialah Ammar dan Anas, kerana dapat menunjukkan kepakaran masing2 memanjat pokok manggis, sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan di rumah mereka di Shah Alam!!!

2 comments:

  1. Aktiviti memanjat pokok itu memang menyeronokkan.... Lagi-lagi kalau pokok itu eda buahnya... Isk! Nostalgia... :D

    ReplyDelete
  2. jowopinter,
    pokok2 manggis tu dolu-dolu semasa akak masih sekolah, akaklah yang memanjat jolok kutip buah2 manggis tu, pastuh kumpul dan jual pd apek china yg akan dtg ambil buah2 tu....
    ... hehehe..mmg akak yg panjat, skrg anak2 akak pulak yg panjat tapi takde buah lah pulak time raya ni...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....