TADARUS AL-QURAN
Tadarus Al-Quran semakin bersemarak pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah bila menjelang bulan Ramadhan, kami sekeluarga akan bersama-sama membaca Al-Quran sehingga khatam.
Bermula dari malam pertama Ramadhan, apatah lagi Ammar (yg bercuti awal Ramadhan) ada sama, maka semakin bersemarak amalan ini. Walaupun kak long tak ada bersama, dan Hana masih belum boleh membaca AL-Quran lagi, aku dan suami berserta 6 orang lagi anak (Zaid , Ammar, Anas, Wafa', Muadz dan Zubair) sudah cukup untuk memboleh kan kami bergilir-gilir membaca sambil menyemak bacaan masing-masing.
Selepas balik solat Terawikh, atau kadang-kala selepas berbuka puasa dan bersolat Maghrib berjemaah sekeluarga, kami akan mula membaca sehinggalah hampir masuk waktu Isya'. Waktu yg diluangkan akan lebih panjang semasa hujung minggu, kadang-kala selepas Subuh , atau selepas 'Asar, sementara menunggu waktu berbuka dan utk mengelakkan dari tidur, kami akan sambung menbaca Al-Quran lagi. Alhamdulillah, masuk hari ke-5, sudah 9 juzuk dihabiskan. Sangat berharap dapat khatam sebelum Ramadhan berakhir.
Di fakulti ku juga ada menganjurkan majlis tadarus Al-Quran di kalangan staf perempuan. Tahun ini menyaksikan tradisi ini diteruskan buat kali ke-3. Sesiapa yg hendak join, nama diberi kpd penyelaras tadarus, dan dibahagi kpd kumpulan2 kecil yg terdiri dari 2 - 4 orang. Setiap kumpulan kecil akan membaca 1 atau 2 juzuk bergantung kpd saiz kumpulan. Dan pada hari Jumaat sebelum minggu akhir sebelum cuti Raya (contohnya pd tahun ini pd Jumaat 5 Oktober), sewaktu kaum Adam bersolat Jumaat, kami akan berkumpul semua sekali dan membuat majlis Khatam Al-Quran. Lazimnya kami akan menjemput seorang ustazah utk merasmikan majlis ini, kami akan sama2 membaca dari surah Ad-Dhuha sehingga An-Nas, dan doa khatam Al-Quran akan di baca. Sebelum itu, sedikit halwa telinga, iaitu tazkirah akan disampaikan oleh ustazah tersebut. dan akhir sekali (part ini yg best nih...) ..setiap orang akan mendapat buah tangan (sumbangan individu tertentu )berupa pulut kuning + rendang dan bunga telur!!
Pengertian
Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.
Baginda bertadarus Al-Qur’an dengan malaikat Jibril sendiri.
Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:
“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1”.
(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim2).
1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.
Cara Tadarus:
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun
antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:
1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.
2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf
3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.
4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.
5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.
Adab Membaca Al-Qur’an:
Antara perkara-perkara utama dalam adab membaca Al-Qur’an:
1. Suci daripada hadas besar dan kecil.
2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.
3. Membaca secara tartil.
4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.
Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
(Riwayat: Abu Daud).
(dipetik daripada: http://www.terengganu.gov.my/yit/TADARUS.pdf)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Monday, September 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku Prof Muhd Ka...
-
Hobby 2 - Gardening Besides cross-stitching, I love gardening very much. Maybe I pick this up from my mother and father. They really have th...
-
Happy Birthday Kak Long ! Mesyuarat Meja Bulat Bulanan. Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru se...
Terasa tenteram jiwa bila dpt membaca AlQuran bersama-sama anak2...alhamdulillah....
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah. Usaha yang sewarnya dilakukan oleh setiap muslim. Bukan sekadar dibulan Ramadhan. Bertadarus bersama ahli keluarga juga dapat mengeratkan tali silaturrahim.
ReplyDeleteAlHamdullillah...saya baca pu terasa ketenangan dan kesejahteraan Azah sekeluarga ...
ReplyDeleteWhere there is love for God, there is love for each other.
idham
Alhamdulillah.. menitis air mata bila membaca nurazzah sekeluarga bertadarus..
ReplyDeleteYou're truly blessed. Such an inspiration, nanti I pun nak praktikkanlah dgn anak2.
ReplyDeleteBertedarus al Quran di rumah bersama keluarga sememangnya elok menambah kasih sayang dan kemesraan. Lambang keluarga bahagia.
ReplyDeletePuan,
ReplyDeleteSaya harap puan tidak uzur pada hari pelancaran tersebut. TQ.
Alhamdulillah semua, semoga amalan ini dapat diteruskan di bulan2 lain juga.
ReplyDeleteProf mki,
IA saya akan usahakan agar dapat datang ke majlis pelancaran tersebut.
Terimakasih.
masyaAllah.. semoga segalanya terterusan..
ReplyDeletesrbab saya bila baca akak n anak anak bergilir baca...masyaAllah...
kat sini kalau ramadhan selalunya the ladies akan berkumpul di satu rumah jiran and then akan ada one lady yg akan baca Quran while the rest ikut secara senyap...
saya pun dah lama tak join group mcm tu... there r always things to be done..so saya baca sorang soran...
salam ramadan kak Azah, bertederus bersama keluarga memang suasana yang paling syahdu sekali :)
ReplyDeletesekarang kat kampong kita dulu, tradisi bertederus dari rumah kerumah semenjak nina kecil dulu telah terhenti setahun yg lalu :( harap2 tahun depan boleh disambung balik
adeii..terasa banyak kekurangan diri..insaf kejap
ReplyDeleteMungkin boleh ditambah..membaca quran dan maknanya sekali..kadang kala tefikir juga..sesetangah orang berebut-rebut untuk khatam quran beberapa kali dalam bulan Ramadhan tetapi tidak memahami apa maksud ayat-ayat yang dibaca..mungkin itu kekurangan kita yang tidak faham bahasa Arab..Wallahua'lam
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete