Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Kembali Lagi

Ramadhan Kembali Lagi

Ramadhan kembali lagi pada tahun ini...Alhamdulillah kali ini kami sekeluarga menyambutnya bersama abi, namun terasa sedih juga kerana ini kali kali ke-3 kami berpuasa tanpa Kak Long (Asma') di sisi. Anak sulong ku telah selamat kembali ke Jordan. Namun begitu hati ku terubat juga kerana kali ini suami ku ada bersama, masih ingat lagi tahun lepas aku menyambutnya sendirian dengan anak2 yg lain kerana suami berkerja di luar negara.

Seperti biasa sahur kali pertama rumah ku riuh-rendah pada jam 5 pagi dengan suara anak2 ku. mengejutkan mereka bangun juga memakan masa setengah jam...hehehe..entah berapa kali bangun, tidur balik, bangun ...tidur balik....dan akhirnya jam 5 pagi baharu lah dapat mengumpulkan mereka semua di meja makan... Ammar (anak ke-3) juga balik dari asrama setelah Maahad Tahfiz nya memberi cuti awal Ramadhan.

Seperti biasa Anas dan Zaid tak mahu makan nasi, Mu'adz pulak tak boleh tinggal nasi (boleh termenung depan pinggan tu punya lama...laaa masih mengantuk rupanya...), Wafa' dan Zubair okay...nak makan cereal dengan susu, ok...tapi dengan syarat kena makan nasi dulu...lepas makan nasi sepinggan nasi, mereka makan semangkuk cereal bersama susu.
Tahun ini pula, aku mahu cuba train anak yg paling kecil , Hana supaya cuba berpuasa. Hana baru berumur lima tahun, tapi sudah seminggu aku cuba slow-talk dgn dia, "Hana...nanti Hana puasa ya..mula-mula Hana puasa lah sampai pukul 10 pagi, lepas tu, esok sampai pukul 11 pagi ..(dan seterusnya)", dia jawab, " Hana nak puasa masa kat sekolah aje..." ... hehehe..agaknya cikgu kat tadika dia dah bagi tau, masa bulan puasa tak sediakan makanan...
jadi, aku pun kejutkan dia bangun sahur... dengan bantal busuknya dia pun turun dan duduk kat meja makan termenung....hurm...aku pun tuangkan cereal satu mangkuk dengan susu.. habis jugak dia makan satu mangkuk... lepas tu terus mintak susu botol dia (hahaha...pecah rahsia Hana...masih minum susu botol lagi..!!!) ... pagi nih sebelum pergi kerja Hana dah bangun...masa tu baru jam 8:30 pagi... tengok aku bersiap, dia pun tanya, "ummi nak pergi mana?", Aku jawab, "Ummi nak pergi kerja..", Dia tanya lagi, " Ummi tak cuti ke? kenapa abg dengan kakak semua tak sekolah? Ummi pun tak payah lah pergi kerja..cuti lah.." ...laaa.. rupanya dia tgk semua abang dan kakak cuti sek sempena awal ramadhan ini..

tapi yg nak tergelaknya, (habis semua rancangan nak suruh dia puasa..) pagi2 lagi dah mintak nak minum susu...!!! Bila dia mintak susu, bibik pun cakap, "kan Hana puasa hari ini, tadi dah bangun sahur..." ...hurm.......terus dia menangis....aduish...
Satu cabaran juga nak train anak yg seorang ini berpuasa. So far, yg lain2 semua tak ada masalah... sejak umur 5 tahun dah train puasa, tak dapat satu hari penuh, dapat puasa separuh hari pun jadilah utk kanak2 sebaya dia..

-----------------
Sebelum lupa, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA SEBULAN RAMADHAN kpd semua rakan2 bloggers , semoga kita dapat merebut peluang pada bulan yg mulia dan suci ini utk memperbanyakkan amal ibadah kita, dan merebut peluang malam lailatul Qadr, malam yg lebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr).

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

Ramadhan bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.
Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akanmembawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)

(dipetik dari artikel Ustaz Syed Hasan Alatas)

17 comments:

  1. Salam hormat wahai Puan Prof.

    Salam Ramadhan buat Puan sekeluarga. Hari pertama, memang banyak sungguh karenah 'birokrasinya'. Proses menggerak anak dari tidur sahaja memakan masa hingga 1/2 jam. Lepas itu, ada yang nak minum milo o, ada yang nak minum milo tarik, ada yang nak minum susu sahaja, dan ada yang nak berkongsi minum nescafe dengan ayahnya. Aduhai ... nanti abang long akan masukkan entri tentang karenah birokrasi.

    ReplyDelete
  2. salam abang long,
    sihat? harap abang long sekeluarga sihat semuanya. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

    ReplyDelete
  3. salam ramadan kak azah, kabare??

    ReplyDelete
  4. nina, Alhamdulillah waras! hehehe...saya tak berapa pandai sangat nak ngomong jowo nih...tapi hubby saya pandailah...

    akak pun nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kpd nina sekeluarga

    ReplyDelete
  5. salam ramdhan dr moscow untuk auntie sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Azzah. Apa khabar? Selamat menyambut bulan Ramadhan ye.

    ReplyDelete
  7. Selamat Menyambut Ramadhan

    ReplyDelete
  8. Selamat Menyambut bulan Ramadhan Azzah.....

    ReplyDelete
  9. Kak Azzah,
    Selamat Menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan.

    Semoga kita sama-sama dapat menghayati keberkatan Ramadhan dengan sebenar-benar penghayatan...

    ReplyDelete
  11. ramadhan al mubarak kak azzah..

    saya baru ajar zharif (7yrs) puasa tahun ni.. alhamdulillah terus complete 1 hari. kesian sbb classmate/schoolmates bangsa lain. yg bagus class teacher cikgu omputih tu encourage & suruh dia pi library time recess & lunch. syukur sungguh..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kak Azah, Selamat Menyambut Ramadhan 1428. Saya pun macam tu jugak melayan puteri-puteri saya tapi paling best masa masak nak berbuka masing-masing berebut nak tolong. alhamdulillah tahun ni bos beri kebenaran masuk 7.30 - 4.30.

    ReplyDelete
  13. banji, selamat berpuasa. Ini kali pertama atau ke-2 berpuasa bersama isteri??seronok kan...tak sama puasa masa bujang dulu...hehehe..kalau bujang, sahur kat mana? kedai mamak ke?

    ReplyDelete
  14. wanie, sekarang dah masuk musing luruh kan, tentu puasa pun taklah panas sangat kan... waktupun lebih pendek dari di Msia.

    ReplyDelete
  15. Puteri Ezza,
    bgmn puasa di sana? Harap sihat dan dapat menmpuh bulan ramadhan dengan keyakinan dan ketaqwaan...Amin....

    Ummi-365,
    Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak. sudah masuk hari ke-3... semoga terus kekal hingga ke akhir bulan mengerjakan amal ibadah sunat sempena ramadhan utk merebut peluang mendapat keredhaan Allah

    ReplyDelete
  16. Salam Ramadhan dari orang jauuuh..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....