Saturday, June 2, 2007

Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me

Pagi ni selepas solat subuh berjemaah, aku lihat abi relax aje... tak ada pun tergesa-gesa bersiap untuk pergi kerja. Kehairanan aku pun bertanya,"abang ... dah dekat pukul 7 ni, abang kan kerja hari ni?" (Kerja kat KL ni kalau lewat sikit keluar dari rumah, alamat jam lah, tak sempat sampai office on time...dan abi pulak baru start kerja dengan company baru kat KL ni semalam)

"hari ni tak kerja, alternate saturdays" jawab suamiku. (bila baca paper baru perasan hari ni juga hari keputeraan Agong ...first saturday in June)

"
Yahooooooo, alhamdulillah.....!!!", sahutku dalam hati....bermakna sempena hari lahirku hari ini entah selepas berapa tahun menyambutnya keseorangan (aku pun dah tak ingat kerana abi selalunya samada kerja atau berada di luar negara), aku dapat menyambutnya bersama-sama dgn abi dan anak2.
Aku pun cepat-cepat ambil peluang keemasan ini dengan berbaring sebelah suamiku...

Wah...seronoknya ... tak payah fikir pasal persiapan dan bekal anak nak pergi sekolah since skrg cuti sekolah, tak payah fikir nak pergi pasar sbb lauk banyak lagi dalam freezer tu...Yeah... boleh lepak-lepak dgn abi...peluang yang paling dinanti-nantikan....


Selepas Wafa' balik tuition, suami ku tanya, "Birthday ummi nak makan apa?".... Hana jawab "Kek...." (Hana memang peminat kek coklat no. 1) tapi abang2 nya semua tak mahu makan kek... so mengikut undian ramai , akhirnya semua setuju nak makan Pizza...!! Ok...Abi belanja Pizza...!!

3 LARGE PIZZAS!!! (BBQ + Vege Galore + Chicken Classic) habis dimakan oleh 5 + 1 heroes, wafa', Hana' and me dalam sekejapan.....masa ni teringat Asma' kat Jordan....takpe kak long, ummi makan bagi pihak kak long...

Took a photo of all my 5+1 heroes after kekenyangan makan pizza...


11:00 malam

Selepas maghrib tadi Zaid keluar, mungkin dia pergi main futsal....
hampir pukul 11pm Zaid balik, bawa satu bungkusan....wah....SURPRISE !!!!!!!!!! UMMI PUNYA BIRTHDAY CUPCAKEs dari Kak Long (Asma') ..... ordered from internet by Asma', paid and pick-up by Zaid.....(wakil semua adik-beradik)




Terharu sungguh.....I luv u all my beloved children.....



HAPPY BIRTHDAY TO UMMI

Apa hadiah dari abi? "Biarlah Rahsia!"

10 comments:

  1. happy birthday !!!

    alahai, cutenya cuopcakes tu, dah lama I admire those cute little cakes, waduh, order thru internet, thumbs up lah to your kids, cayang ummi :)

    happy sunday !!!

    ReplyDelete
  2. Salam, blog hopped from loveujordon.
    Happy belated Birthday!:)
    Canggihnya oder cake through internet. Very pretty, nak makan pun sayang, hehe...

    ReplyDelete
  3. Surprised gift tu yang best. So sweet of your kids.

    We all pun kadang2 opt for pizzas instead of cake on b'days. Siap letak candle atas pizza...

    ReplyDelete
  4. a'kum
    sanah helwah ya gamilah -10 x
    lagu besday yg paling comel pernah saya dengar! semoga panjang umur murah rezeki dan berada di bawah lindungan Allah Taala.

    ReplyDelete
  5. loveujordan,
    Thanks a lot for the Bday wish, first time I tgk cupcakes tu, mmg cute betul, tak sangka lah pulak they all nak wat surprise :-)

    Hazia,
    Thanks to you too for the bday wish , and thanks for dropping by my blog.. akak pun dah pernah visit ur blog. Hurm...anak2 zaman IT nih lebih hebat dari ummi depa..
    mula2 tu ingat nak simpan dulu, tapi tgk anak2 I masing2 dah tak sabar nak rasa cupcakes tu, so lepas ambil gambar (puas lah juga masing2 posing dgn cupcakes tu) ... nak tau? ... dalam masa 10 minit aja dah habis!!! hahaha ... mana tak nya cupcakes tu comel2, kecik jek satu, sekali masuk mulut dah habis satu.. anak 7 org + ummi + abi .. mana tak cepat habis...

    mamamia,
    Mmg surprise betul, sbb dah malam pun, masa tu ingat dah nak tido... tiba2 anak I Zaid tu balik, then suruh I turun bawah ... really terharu...nak meleleh air mata...

    babazahra'
    cute kan lagu bday tu. Tgh search lagu birthday terjumpa pulak lagu nih.. dalam bahasa Korea.
    Terimakasih di atas ucapan tu...(walaupun I tak faham BArab I agak mesti ucapan bday kan?.. nnt tanya Asma' apa maksudnya)

    ReplyDelete
  6. Hello Nurazzah8, Hey, I love your blog especially the sea and waves coming to shore. Makes me feel like I am in Kerteh, Trengganu or Tanjong Jara.
    My form 3 Bahasa suda rusty but have been picking up lately from Loveujordan, and the other lovely ladies in their blogs and mine
    You have a beautiful family, I can hear some 'buurrrup' from that big pizza they had, ha ha.
    You have a nice day and terima kaseh for dropping by. UL.

    ReplyDelete
  7. Salam. Happy Birthday. Mudahan sihat selalu, murah rezeki dan dipanjangkan umur dlm keberkatan.

    Suka tgk gambar hero2 kekenyangan. Memang kelihatan kenyang tu..

    ReplyDelete
  8. u.lee,
    u sure still remember all those beautiful places in Msia even thou u hv been abroad 4 quite sometime. I myself never been to Tanjong Jara... Yeah... that's the fun of having big family, esp during eating times... "sekejap ada, sekejap tak ada" .. he he he

    zlaa,
    Thanks. Amin.
    Mmg seronok tgk anak2 berebut-rebut makan... mula2 nak beli 2 aje, tapi fikir2 mesti tak cukup.. mmg pun.. beli 3 LARGE pun sekejap aja dah habis...hehehe.. tu yang tersandar tu...

    ReplyDelete
  9. akak,selamat hari lahir. comel cupscakes tu. sayang nak makan kan kak!
    yer...saya x-hira'. batch 2. antara yg tertua la.hehe

    ReplyDelete
  10. raiyan,
    Thanks, mmg comel2 cupcakes tu. I thinks nnt kalau Raiyan dah ada kedai bakery sendiri, u pun boleh promote cupcakes mcm tu utk tarik pelanggan..kankan..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....