Monday, May 21, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul V

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul V

Makam sahabah Dirar Bin Al-Azwar r.a.

Selepas mengunjungi makam sahabah Abu Ubaydah Aamir Al-Jarrah, kami meneruskan perjalanan menyusuri Lembah Jordan menuju ke makam seorang lagi sahabah iaitu Dirar Bin Al-Azwar yang terletak di Ghor.








Beliau dilahirkan pada tahun633M.
Tidak banyak yang saya dapat mengenai seerah sahabah ini, cuma yang boleh saya katakan beliau adalah salah seorang di antara para sahabah yang sama-sama berjuang untuk menawan Al-Sham dari tentera Rom.


Dhirar Al-Azwar juga pernah menyertai peperangan menentang gerakan riddah atau golongan yang keluar daripada agama Islam pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar.



Di makam ini juga tiada kain yang menutupi makamnya. Penjaga mesjid dan makam ini memaklumkan bahawa sahabah Dirar Bin Al-Azwar juga wafat disebabkan wabak taun yang
melanda Al-Syam pada waktu itu.


Tidak lama kami di sini. kami meneruskan lagi perjalanan hendak menuju ke makam Nabi Syu'aib a.s.





Dalam perjalanan kami singgah di Tugu Peringatan Peperangan Al-Karamah pada tahun 1968 oleh tentera Jordan yang diketuai oleh Allayarham Yasser Arafat, presiden PLO pada waktu itu bersama-sama dgn orang-orang Palestin yang menganggotai Fatah menentang tentera Israel. Tentera Jordan telah memenangi peperangan tersebut.





Dengan kemenangan tersebut, tentera Jordan telah dapat menyelamatkan bahagian barat Jordan dari ditakluki oleh tentera Israel laknatullah...

ketika kami berada di situ, terdapat ramainya orang-orang Arab yang sama-sama datang melawat dengan keluarga masing-masing. kebetulan pula hari ini ialah hari Jumaat, iaitu hari cuti hujung minggu, maka ramai lah yg keluar berkelah bersama keluarga masing-masing.


5 comments:

  1. Salam. Macam mana boleh ingat I pulak? He..he.. pandai pun cari. I la ni pun terkial-kial nak faham. Supervisor laju..Anyway Good Luck for your thesis writing.

    ReplyDelete
  2. zlaa,
    Hehehe...Ewahhh..akak ni kan wat PhD dlm bidang Information Retrieval...kenalah pandai bab-bab nak retrieve info...apa org kata tu? praktikkan apa yg dipelajari...hurm..
    Actually dah nak habis PhD nih pun rasa ilmu yg kita dapat cumalah setitik dari ilmu ALlah yg Maha Luas ini...masih byk yg tak tahu.. makin byk belajar, makin byk tak tahu...
    Anyway...kita tuntut ilmu sebenarnya hingga ke liang lahad...

    ReplyDelete
  3. Shyyy..jgn bising2 tau pasal blog-blog ni kat Fakulti. Segan.., I tulis blog masa boring je. Masa-masa lain study..hi..hi..

    ReplyDelete
  4. eh...zlaa...u pergi UK bawak semua anak u 6 org ke? Hubby ikut sekali ke? Apa personal email u, senang akak nak tanya soalan2 peribadi.. kat sini umum sgt, emel akak samada u guna emel fakulti nurazzah@tmsk.uitm.edu.my atau nurazzah8@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Bawa semua anak2 dgn husband. Husband dapat unpaid leave (staff gomen). So, dia kerja part time kat sini. E-mail I zaa@cs.nott.ac.uk atau zlaa00@yahoo.com

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....