Saturday, May 19, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul III

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul III

Makam sahabah Shurhabil Bin Husnah r.a.

Nama sebenar beliau ialah Shurhabil Bin Abdullah Bin Al-Mataq. Nama ayahanda beliau ialah Abdullah ,manakala bonda beliau bernama Husna atau Hasanah.

Shurhabil Bin Husnah r.a. ialah salah seorang sahabah Nabi s.a.w. yang awal memeluk Islam di Mekah.




Beliau juga merupakah antara para sahabah yang menulis wahyu bagi Nabi s.a.w.


Beliau juga merupakan seorang komandan perang bersama-sama menyertai peperangan Yarmouk di bawah pimpinan Khalid Bin Al-Walid, memerangi tentera Rom yang menguasai Bilad As-Syam.

Bilad As-Syam - pada suatu masa dahulu Palestin merangkumi kawasan Syria (Suriah) , Lebanon dan Jordan dan dikenali sebagai Bilad As-Syam.





Beliau bersama-sama dengan para sahabah yang lain sejak zaman Nabi saw hingga Saidina Omar r.a. dalam pembukaan Urdun, Syam dan Al-Quds.






Di hadpan mesjid yang menempatkan makam sahabah Sharhabil Bin Husnah.

Pada zaman Khalifah Abu bakar ramai orang-orang Islam yang lemah Imannya telah murtad. lalu beliau bersama-sama memerangi orang-orang Islam murtad.








Dalam kawasan mesjid, menuju kepada bilik yang menempatkan makam sahabah Sharhabil Bin Husnah






Pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab, beliau telah dilantik menjadi gabenur Negeri Syam.

Beliau wafat pada umur 67 tahun akibat penyakit taun (sama seperti Mu'adz Bin Jabal).
Marilah kita sama-sama berdoa utk para sahabah yg telah menegakkan agama Allah.

2 comments:

  1. untungnya dapat menziarahi makam para pahlawan Islam.

    ReplyDelete
  2. Pak Latip, mmg saya sangat bersyukur kerana dimurahkan rezeki dan diberi peluang oleh Allah swt dapat melawat makam2 para sahabah pahlawan Islam ini. Rasa sungguh terharu tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan kita apabila berada di makam tersebut... rasa seperti kembali ke zaman tersebut ingin bersama-sama memperjuangkan dan menegakkan agama Islam di muka bumi ini.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....