Wednesday, May 16, 2007

29th March 2007 Jalan-Jalan Balad Irbid

29th March 2007 Jalan-Jalan Balad Irbid

Hari ini adalah hari terakhir ku di Irbid, Jordan kerana penerbangan ku pulang ke Malaysia ialah pada hari esok, 30 Mac 2007.

Kebetulan hari ini JUST telah memberi pelepasan cuti kepada pelajar-pelajar nya sempena menyambut Maulud Nabi.



Oleh itu Asma' telah mengajak ku untuk Jalan-jalan makan angin di balad (downtown) Irbid. Kami pergi bersama Mariam, rakan serumah Asma'.
Cuaca kelihatan sangat cantik pada hari ini, sunny and not too windy...




Agak besar jugak downtown Irbid ini, rows and rows of shops selling all sort of things that you need.



Tapi yang bagusnya kedai-kedai di balad ini ialah pada sesuatu baris kedai itu, jenis barangan yang di jual adalah sama sahaja.








Contohnya jika kita masuk ke jalan A, maka semua kedai disitu menjual kasut, masuk ke jalan B, semua kedai di situ menjual baju/jubah/abaya, masuk ke jalan C, semua kedai menjual barangan runcit, masuk ke jalan D, semua kedai menjual barang kemas... dan sebagainya...







Oleh itu agak senang bagi pembeli hendak membandingkan harga diantara satu kedai dgn kedai yang lain...


Ada juga yang penjual yang menjual dengan kereta sorong di tepi-tepi jalan. Seperti gambar di sebelah, yg menjual buah strawberri dan badam segar (yg berwarna hijau tuh)...First time tengok buah badam segar, selalunya tgk badam yang dah kering untuk dibuat kuih. Badam segar ini juga sedap dimakan begitu saja, atau dicicah dgn garam halus. Rasanya kelat-kelat sikit.
Heeiii..geram betul tengok buah strawberri tu..besar-besar dan nampak fresh betul... Kalau duk lama lagi mesti beli banyak. Boleh buat air strawberry ke, atau buat topping cheesecake ke... beli lah juga sikit.. buat makan gitu saja..







Atau pun yang menjual roti besar, wow ..... nampak sedap betul roti tu...























Di hadapan deretan kedai yang menjual barangan kemas.


Tetapi kata Asma' emas di Jordan tidak sama kualiti dgn emas di Malaysia. Kalau nak jual balik tak laku, atau resale price tak bagus.







Wbgmn pun saya memang tidak berniat untuk membeli barangan kemas di sini, lagi pun "fulus" sudah tinggal sedikit saja lagi.


















Kedai kasut dan beg tangan












dan kedai kasut lagi...






Cantiknya jubah-jubah yang dijual di situ dan murah!


Saya telah membeli 5 helai jubah untuk hadiah kepada kakak dan juga untuk dijual kpd kawan-kawan.













Sudah penat berjalan-jalan, kami singgah di kedai menjual koktel arab. Kedai koktel tu nampak sangat berwarna-warni... bermacam-macam buah kelihatan bergantungan dihadapan kedai.











Hurm.... apa ya "koktel" dalam bahasa Arab? tak ingat laa... pesan 3 koktel utk kami bertiga....
Nampak menyelerakan.... tekak terasa haus tiba-tiba...







Ssyrrrruuuuuupppppp...... waaa.... sedapnya.... macam-macam rasa buah ada, tapi yg paling terasa ialah pisang... Alhamdulillah... hilang dahaga....






Kemudian kami singgah di sebuah kedai buku, Asma' kata Al-Quran byk dijual disini dan murah... hajat hati memang nak beli AL-Quran saiz kecil utk Mu'adz, Zubair dan Wafa'.

Beli 3 saiz 2 X 3 in setiap satu berharga JD1 (RM5.00)




Di tengah-tengah balad Irbid terdapat sebuah menara jam di kelilingi oleh bangku2 untuk orang duduk-duduk ambil angin di situ. Kami pun duduk sekejap untuk menghilangkan penat kaki berjalan...



Sedang Mariam snap gambar tiba-tiba seorang polis Jordan telah datang dan memarahi kami..!!! Memang terkejut jugak masa tu... ialah bukan niat kami nak ambil gambar dia, kami pun tahu kat Jordan ni bukan boleh ambil gambar polis ke, askar ke, sangat sensitive... Rupa-rupa nya kat sebelah tu ada pondok polis, dia ingat kami nak ambil gambar pondok polis tu... hurm....perasan betul lah polis Arab nih... itu la...baik-baik gambar dia tak masuk, hah...skrang dah masuk ... ha ha ha..














Jangan lupa singgah kedai coklat! Hana dah pesan awal-awal lagi semasa saya menaliponnya semalam ..."Ummi jangan lupa beli coklat Jordan yang sedap tu ya......" kata Hana.


Waaa.....banyaknya coklat, bermacam-macam jenis dan bermacam-macam warna








Jalan ... dan jalan .... dan jalan lagi..... Akhirnya kami sampai ke kawasan Universiti Yarmouk. Kata Asma' ramai pelajar Malaysia tinggal di sekitar kawasan ini.












Terdapat sebuah mesjid dalam kampus Universiti Yarmouk.


















Jam sudah pun menunjukkan pukul 2 petang. Perut sudah merasa lapar. Hajat hati nak makan Nasi Mansaf, tapi restoran yang kami masuk tiada masak mansaf pada hari itu. Lalu kami order saja Nasi Lamb... hahaha sebenarnya saya dah lupa nama nasi tu... tapi yang ingat ialah rasanya ada rasa kambing sebab dia masak pakai sup biri-biri. Rupanya ada seakan-akan Nasi Beriani tetapi dia tidak pakai rempah beriani.. Hurm...sedap juga...ALhamdulillah ....




Selepas makan, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke apartment Asma'. Kerana perut sudah kenyang (Alhamdulillah), jalan2 jugak akan mengurangkan lemak-lemak yang semakin banyak terkumpul ini...hehehe...
Di pertengahan jalan, ternampak pokok ini sudah mula berbunga...MasyaAllah , SubhanaAllah... cantiknya ... daun tak ada tapi penuh dengan bunga sahaja









Akhirnya sampai jugak ke apartment Asma'... hurm...leganya....

menikmati sepenuhnya saat-saat akhir di Irbid.......




2 comments:

  1. salam kembali,
    wahhh shopping lagi kat irbid ekkk..mesti excess baggage balik hari tu .... cik abang tak kata apa ke ??? hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. Salam kembali LUJ,
    Wah..line ADSL dah ok ke? lama betul u tak masuk cyber world! Bila bukak blog u...ramainya yg tertanya-tanya dan rindu kemana menghilangnya LUJ kita ni...

    Haah..mmg excess pun tapi nasib baik tak kena charge apa-apa...hehehe.. masa I balik, cik abang belum balik msia lagi...so dia tak nampak lah barang banyak sbb by the time dia balik, kebanyakan barang tu dah dibagi-bagi kpd yg lain...;-)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....