Thursday, April 19, 2007

Makam Sallahuddin Al-Ayubi (Syria Part 4)

18 Mac 2007 Sultan Salahuddin Al-Ayubi
Terdapat sebuah taman di sebelah luar Mesjid Omayyad di Damsyik, Syria. Di situ lah terletaknya makam Sultan Salahuddin Al-Ayubbi. Selepas menjelajah Mesjid Omayyad, kami pun melawat taman tersebut di mana terletaknya makam Salahuddin Al-Ayubi

.












SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI, namanya telah terpateri di hati sanubari pejuang Muslim yang memiliki jiwa patriotik dan heroik, telah terlanjur terpahat dalam sejarah perjuangan umat Islam kerana telah mampu menyapu bersih, menghancur leburkan tentera salib yang merupakan gabungan pilihan dari seluruh benua Eropah.



Salahuddin Al-Ayubi (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Beliau dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I.
Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi SultanSeljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir. Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan


Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup. Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Mesjid Ommaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia. di Kota

Maharaja Willeam II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di makam yg diperbuat drpd marmar tersebut. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.

Di tengah-tengah bandar Damsyik terdapat sebuah tugu yang dibina sempena mengingati kepahlawanan Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....