Wednesday, April 18, 2007

Damascus, Syria

18hb Mac 2007 Damascus, Damsyik, Dimasyq

Hari ini kami akan pergi melawat Damascus, Syria. Saya, Asma', Lina dan Asyraf. Kami chartered sebuah teksi dari Irbid terus ke Damascus di Syria. Pagi2 lagi dah bersiap-siap dgn Asma', hurm..it's going to be cold, very cold with the wind, so dah sedia pakai long john lagi...hehehe teringat kat US dulu masa study kat sana...winter mesti pakai long john sbb tak tahan sejuk.. Nak pakai winter coat Asma' tak muat, dia kurus sangat (atau I yg 'berisi'?) ..so akhirnya pinjam winter coat kawan Asma'...


Sambil tunggu teksi sempat berposing depan apartment Asma'. Nampak saja cahaya matahari macam panas tapi sejuknya mintak ampun....sejuk sehingga ke tulang sum-sum !!! Tapi nak bergambar punya pasal nampak cool aje menahan angin sejuk tu.....saja ambil gambar kat kereta nak tunjuk kereta plet Jordan la tu...

Apartment Asma' dan rakan-rakan tinggal kat tingkat paling atas sekali , sebelah kiri belakang. ada balkoni besar. Tingkat atas sekali tu tingkat 4 aje, tapi ada lif. Nasib baik ada lif, kalau tidak mcmn lah I nak bawa naik beg-beg I yg besar dan berat tu. Tapi kalau kat Malaysia dah pasti apartment 4 tingkat tak ada lif...menapak lah naik ke atas...kalau muda-muda tu takpe jugak la...tapi dah umur mcm I nih semput jugak ...yg paling tak tahan ialah lutut nih...



At last teksi tu sampai juga. Acap(Ashraf) duduk depan dgn driver, I, Asma' dan Lina duk kat belakang. From Irbid kata Asma' lebih kurang setengah jam sampai border Jordan dgn Syria. Pengalaman yg tidak dpt kulupakan. Ladang-ladang zaitun terbentang luas sepanjang perjalanan.



Dalam perjalanan teksi berhenti isi minyak. Hurm.... tengok stesyen minyak kat tepi jalan tu mcm stesyen minyak koboi jek ... masa travel kat USA dulu(dlm tahun 80an) mcm tulah stesyen minyak kat kampung2 pendalaman USA .... cuma yang membezakan ialah sign board tulisan Arab kat atas tu...
Selepas setengah jam sampailah kami ke sempadan Jordan dengan Syria. Alhamdulillah, tercapai juga hajat ku hendak berjalan ke Syria. Tapi masih tak tahu dengan jelas apakah tempat2 yg hendak ku lawati di Syria.... Asma' kata Syria syurga shopping bagi sesiapa yg ada 'fulus' banyak di sana ada sebuah 'souq' yg terdpt beratus-ratus kedai menjual bermcm-mcm barangan di dlmnya... sebut saja nak beli apa dan sediakan duit.....duit akan mengalir laju bagaikan air terjun Niagara Falls!!! Ada juga sebuah mesjid yg besar dan terkenal di sana, menurut kata Ashraf... di dalam nya terdpt makam kepala Nabi Allah Yahya a.s dll. InsyaAllah ....


Di sempadan, sedang beratur tunggu Imigresen cop passport. Alhamdulillah
sewaktu kami tiba tak ramai orang. Salah satu sbb ialah hari ni bukan hujung minggu. Kalau tidak sure penuh org. Ambik gambar pun kena berhati-hati kat sempadan, sebab Pak Arab nih veri sensitive bab-bab ambik gambar terutama polis atau askarnya. Jgn lah sebarang2 nak ambik gambar, nnt jadi lain pulak ....


Selepas pasport dicop, kami pun meneruskan perjalanan ke Damascus, iaitu ibu negara Syria. Masih ada 1 1/2 jam perjalan lagi dari sempadan ke Damascus. Di tengah perjalanan kelihatan Gunung Suyyukh di tgh2 padang pasir namun diliputi oleh salji. MasayaAllah...
.Hurm.... nak pergi mana ni? Damascus ke Lebanon? Damascus... here I come... Kalau boleh mmg nak teruskan ke Lebanon. Asma' yg pernah ke sana musim cuti yg lalu (sebulan sebelum Lebanon diserang oleh Israel laknatullah) mengatakan Lebanon adalah sebuah negara yg sangat cantik berbanding Jordan dan Syria kerana pembangunan yg pesat dan dipenuhi pepohon hijau yg redup mata memandang. Namun, sayang seribu kali sayang.... sekarang byk tmpt telah hancur dan runtuh disebabkan angkara Yahudi Laknatullah! Terutama di selatan Lebanon. Keadaan di sana juga kurang stabil, mmg tidak digalakkan melancong ke sana. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke city center Damascus dan akan pergi ke tmpt bersejarah yg dipanggil OLD DAMASCUS.

Dgn Ashraf (student Medic jugak 2nd year) Ditgh city center yg sibuk bagaikan di Kuala Lumpur... sana sini asyik dgr bunyi hon kereta aje... ishk ishk ishk.. seram tgk driver kat sini... tak berani la saya nak drive kat negara arab nih, gila-gila habis driver dia org nih...


Bergambar di depan bangunan souq yg dikatakan mengandungi beratus-ratus kedai menjual bermacam-macam barangan. Souq ini diberi nama Al-Hamidiyeh Souq. The souk dates back to the Ottoman Rule under Sultan Abdul-Hamid, after whom the souk "hamidiyeh" was named. The souk is covered with high iron vaulting and the hot sun's rays are filtered through its shields, with holes that emerged from gun fire attacks in the mid 20th century under the French mandate. A major commercial center up until this day, the shops in Hamadiyeh sell almost everything with a wide array of products displayed at the main street. Exquisite handmade brocades, mosaic, and copper inlaid with silver were superbly displayed, perplexing to the shopper's initiative due to their abundance.

Are you ready to enter it? Don't forget bring money, eh? okay... let's go.... one two three..........
Okay...now we are already in The Souq... it is sooo big... kiri kanan tu kedai aje memanjang...

Waaah..lawanya jubah! Hurm ... mak-mak Arab ni jangan sangka asyik pakai jubah atau abaya HITAM jek... di bawah jubah atau abaya hitam itu, hai... kalah gaun pengatin Siti Nurhaliza! hehehe...


aduish... rambang mato den tengok sarung kusyen dan alas meja yg lip-lap lip-lap ni... beli jangan tak beli... buat kenangan datang ke Syria... hurm..tapi kami simpan agenda shopping sebagai acara yg terakhir sekali.... "Ini baru Intro jek", kata Ashraf... takpe takpe.. kita pergi melawat dahulu tmpt-tempat bersejarah Islam dahulu... Okay... berjumpa lagi di Omayyad Mosque atau Mesjid Omawi di entry yg berikutnya.

Di tgh2 perjalanan ke Mesjid Omayyad di hujung Al-Hamidiyeh Souq, di celah kedai-kedai yg banyak itu, terletaknya Makam Saidina Abu Hurairah r.a. MasyaAllah.... sayu sungguh rasa hati dpt berada di makam tersebut. Selama ini hanya membaca kisah beliau dalam buku seerah, ttp kini makam beliau berada di depan mata. Ku sedekahkan Al-Fatihah dan doa.



Makam Saidina Abu Hurairah r.a.



Abu Hurairah r.a. dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk ugama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman. Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar.

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kuching. "Abu Hurairah" = Ayah Kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.
Abu Hurairah berjaya meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-
Terjemahannya :-
... sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa.
(Al-Bukhari)
Pada mulanya Abu Hurairah mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau megadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat.
Abu Hurairah meriwayatkan sebanyak 5,374 hadis. Beliau wafat di al-Aqiq pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun.
(dipetik dari:
Siri Tokoh Hadis Abu Hurairah
http://w3.spancity.com/yosri/TokohAbuHurairah.html

Kisah Hidup Abu Hurairah
http://w3.spancity.com/yosri/TokohRiwayatAbuHurairah.htm#Kandungan

)

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....