Friday, April 27, 2007

21st March 2007 Baptism Site / Al-Maqtas

21st March 2007 Baptism Site / Al-Maqtas / Baisan

Selepas melawat Laut Mati, kami pergi ke satu tempat dipanggil Al-Maqtas. Al-Maqtas atau BAISAN terletak di antara Sungai Jordan dan Wadi Kharrar, iaitu di utara Laut Mati. Dikenali sbg Scythopolis pd zaman Rum-Byzantium yg merupakan salah satu drpd 10 bandar utama Rom di Timur Tengah(Decapolis).


Kwsn sejarah di Baisan dan Sg Jordan byk melibatkan kisah para anbiya dan Rasul terdahulu krn ia adalah kawasn yg berada di tanah Palestin. Sbgmn yg kita sedia maklum, bhw tanah Palestin merupakan kawasan yg pernah dikunjungi oleh semua rasul-rasul ketika hayat mereka. Di sini cuma dinyatakan kisah 4 org rasul utk sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran dr perjalanan hidupnya iaitu kisah Nabi Isa a.s, Nabi Daud A.s, Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa' a.s.

Baisan atau lebih dikenali dgn Bethany merupakan kawasan yg ditaja pembangunannya oleh Vatican City. Kwsn pelancongan sejarah yg siap dibina kini dikenali dgn nama BAPTISM SITE atau Maqtas dlm bahasa Arab. Penganut agama Kristian menganggap suci tempat ini disebabkan dakwaan mereka bahawa John (Nabi Yahya a.s) telah membaptis Jesus Christ (Nabi Isa a.s) di
ka
wasan tersebut. Ini merupakan kalam Israiliyyat yg tidak dinyatakan langsung di dalam Al-Quran mahupun Hadis Sahih.


Terdpt pandangan yg mengatakan bhw Nabi Isa a.s telah menetap di BAIT IBRAH yg terdpt di Baisan. Riwayat Israiliyyat menyatakan bahawa Nabi Isa a.s tlh diburu di kawasan ini sebelum disalib oleh puak Bani Israil.
Mereka amat bersungguh mengatakan bahawa Nabi Isa a.s telah disalib. Cerita ini am
at bertentangan dgn Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa ayat 4 yg bermaksud :
"Dan kerana ucapan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasulullah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya tetapi (yg mereka bunuh) org yg diserupakan dgn Isa"



Kelihatan dari jauh penempatan penduduk Palestin (bandar Jericho)


Pengikut setia Nabi Isa a.s dikenali sbg Hawariyyun. Salah seorang dari mereka yg bernama Yudas Iskariot telah membelakangkan Isa a.s dan menjadi munafik. Pengikut yg munafik itu membantu tentera Rom sbg penunjuk jalan menuju ke kwsn Nabi Isa a.s. yg sedang mengajar agama Allah kpd pengikutnya. Apabila mereka tiba di kwsn tersebut, pasukan Rom dan puak Yahudi tlh mengepung kwsn tersebut dan pengikutnya telah lari. Isa a.s pula dituduh sdg membuat pakatan utk menggulingkan kerajaan.

Di sini Allah telah melindungi RasulNya dari dibunuh oleh puak Yahudi dgn bantuan kuasa Rom. Allah menyelamatkan Nabi Isa a.s dgn menukar Yahuza Askaryuthi yg mirip wajah dan tubuhnya dan baginda diangkat ke langit bersama ruh dan jasadnya.


Baptism Site
( http://content.answers.com/
main/content/wp/en/c/cd/
Baptism_Site.jpg
)



Kisah nabi Ilyas a.s. --------------------- Nama baginda ialah Ilyas bin At-Tasyabbi. Dikatakan juga namanya Ibn Yasin bin Al-Aizar bin Harun Bin Imran. Merupakan keturunan ke-4 Nabi Harun a.s. diutuskan di Baalbek (kwsn Baalbek kini terletak dinegara Lubnan). nabi Ilyas a.s menyeru kaumnya iaitu masyarakat Phonecia (Finiqiyyun) supaya meninggalkan sembahan berhala mereka iaitu Ba'al. Allah SWT menerangkan tentang Nabi Ilyas a.s menyeru kaumnya supaya bertaqwa kpd Allah dan penentangan mereka dlm Surah As-Saffat:123 - 132 dan Surah Al.An'am: 84-86. Firman Allah dlm Surah As-Saffat ayat 125 yg bermaksud : "patutkah kamu menyembah Ba'al dan kamu tinggalkan sebaik-baik pencipta". Kaumnya terus menentang dan ingin membunuh beliau. Kemarau tlh menimpa kaumnya sehingga mereka kehausan dan ternakan habis mati. Kaumnya insaf dan berjumpa dgn beliau utk memohon pertolongan. Nabi ilyas a.s berdoa agar hujan turun dan doa beliau dimakbulkan oleh Allah, dan hujan mulai turun. Namum selepas itu mereka mulai lupa akan kurniaan Allah dan kembali derhaka malah lebih teruk dari sebelumnya. Mereka disiksa dgn siksaan yg lebih pedih , Nabi Ilyas a.s bersama anak angkatnya Nabi Ilyasa' a.s telah meninggalkan kwsn kaumnya dan menuju kesebuah tempat bernama Jubar di Dimasyq (Damascus atau Damsyik) dan kemudian dikatakan menuju ke sebuah bukit yg dikenali sebagai Elijah's Hill atau Tell An-nabi Ilyas di dalam bahasa Arab. Bukit tersebut terletak di Baisan.

Nabi Ilyasa' a.s ---------------- Kisah baginda dinyatakan di dalam Al-Quran Surah An'am : 84-86 dan Surah As-Shad: 45-48. Dikatakan bahawa Nabi Ilyasa' a.s diutuskan selepas Nabi Ilyas a.s dan baginda mengikut kaedah dakwah Nabi Ilyas a.s sehingga pulang ke rahmatullah. Nama baginda dikatakan Al-Asbath bin 'Adi bin Shotlom bin Afrathim Bin Yusud Bin Yaakub Bin Ishaq Bin Ibrahim Al-Kholil. Apabila Nabi Ilyas a.s. diangkat ke langit, nabi Ilyasa' memimpin kaumnya. Nabi Ilyasa' dikatakan diutuskan kpd Bani Israel dan Aramiyyun sekitar tahun 885-795 sebelum masehi. Baginda wafa di Palestin.


Jordan River at Al-Maqtas

Kisah Talut dan Jalut
--------------------- Sungai Jordan tlh byk mencatat sejarah kehidupan para Rasul dan Nabi terdahulu. Salah satu darinya adalah kisah peperangan Raja Talut yg disertai oleh Nabi Daud a.s menentang Raja Jalut. Siapakah Talut dan Jalut? Talut bukan dari keturunan nabi dan Raja, tetapi beliau mahir ilmu peperangan dan memimpinnya. Talut menjadi pemimpin perang sebelum Nabi Daud a.s diangkat menjadi Rasul. Jalut pula merupakan Raja zalim dan kejammemerintah wilayah di antara Mesir dan Syam. Kisah Talut dan Jalut disebut dalam Al-Qur'an Surah AL-Baqarah: 246 - 252. DI dalam kisah tersebut Talut memimpin tentera bani Israel utk menentang jalut dan tenteranya. Firman Allah yg bermaksud: " Talut ketika membawa keluar tenteranya berkata "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dgn sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yg meminum airnya maka bukanlah ia dri pengikutku dan sesiapa yg tidak merasainya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali org yg menceduk satu cedukan dgn tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum jua dari sungai tersebut (dgn sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka.
Setelah itu Talut bersama-sama org yg beriman tlh menyeberang sungai itu, berkatalah org yg meminum dgn puasnya: "kami pd hari ini tidak berdaya menentang Jalut dan tenteranya", Berkata pula org2 yg yakin bahawa mereka akan menemui Allah SWT. Berapa banyak (yg pernah terjadi) , golongan yg sedikit berjaya menewaskan golongan yg banyak dgn izin Allah; dan Allah sentiasa bersama org 2 yg sabar." Ayat selepas itu tlh menceritakan bhw tentera Talut tlh berjaya mengalahkan tentera Jalut dan nabi Daud a.s telah membunuh Jalut di dlm peperangan tersebut. Sungai yg dinyatakan dalam ayat di atas adalah Sungai Jordan yg sesahihnya mempunyai catatan sejarah zaman-berzaman.

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....